Saturday, 1 November 2014

Maruah orang Islam

Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu Hibban)

Ramai kalangan kita suka mendedahkan keaiban orang lain dan mencanangkan kebaikan diri sendiri.Amalan ini salah dan semoga kita dijauhi daripada mengamalkannya.

Semoga semua mendapat kebaikan.
Sekian, wassalam.




Monday, 25 August 2014

Masa kini

Dalam usia kita, akan ada masa depan, masa sekarang dan masa yang lalu.
Masa depan masih cita-cita atau angan-angan dan masa lalu telah menjadi sejarah, tidak boleh lagi berubah atau diubah.
Masa sekarang atau masa kini lah yang paling penting dalam hidup kita.
Jadikanlah ianya terbaik, gunakan sebaik mungkin dan hargainya.
Jangan juga melupai orang yang disekeliling kita buat masa kini.
Hargai mereka di sekeliling anda.
Abaikan manusia parasit, jadikan teladan dalam hidup kita.
Kepada yang tersalah langkah, cepat-cepat kembali ke pangkal jalan, selagi hayat dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah.
Peringatan untuk diri sendiri.
Semoga bahagia di sini dan juga di sana... jadilah orang BIJAK di SANA...:o).
Sekian dahulu, wassalam.

Tuesday, 24 June 2014

Nilai kemanusiaan

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai insiden yang berlaku dalam negara.
Budak sekolah rendah jatuh eskalator di pasaraya, budak 5 tahun diputuskan kepala, kes budak dilarikan penjenayah akibat kecuaian ibu dan terbaru adalah kes remaja Mohd Firdaus yang masih dalam siasatan.
YAB Perdana Menteri turut melahirkan rasa kesal dan simpati terhadap perkara ini.
Adakah ini fenomena tidak mengendahkan orang sekeliling / jiran tetangga?
Keluar pagi, balik ke rumah pada waktu malam, sibuk mengejar harta dunia?
Rasanya, inilah hakikat dan suasana yang masyarakat kita hadapi.
Perlu kita akui, kita terlalu cintakan dan tertipu dengan dunia.
Amalan akhirat tidak kita sungguh-sungguh.
Betul kan?Istighfar dan taubatlah kita semua.
Penyelesaian?
Kena pergi masjid/surau berdekatan, wujudkan masyarakat yang memakmurkan rumah Allah.
Setiap hari ahli masjid perlu bermesyuarat tentang komuniti, siapa yg perlu dijumpai dan diziarahi.
Masa perlu diberikan lebih kurang 2 jam setengah, cth selepas asar hingga Isya, bergilir, berpakat2.. yang berat jd ringan.
Semua boleh buat?  Atau masih jadi ahli jemaah masjid/surau yang pasif dan tidak pro aktif?
Tuan-tuan fikirkan, tepuk dada tanya Iman.
Sekian, wassalam.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Sunday, 4 May 2014

FAKTOR PENENTU KEJAYAAN

Salam semua,

Semua manusia inginkan kejayaan.
Kejayaan di dunia didefinisikan dengan pelbagai bergantung kepada latar belakang.
Semua kejayaan ini hakikatnya bersifat sementara, tiada yang kekal.
Kejayaan yang kekal ialah di akhirat.
Bagaimana untuk mendapatkannya?
Siapakah orang yang berjaya untuk selamanya?
Para Nabi, Rasul, Rasulullah SAW, para sahabat R.HUM, para Tabiin dan Syuhada' R.ALAIH.
Mereka orang yang berjaya untuk selamanya.
Oleh itu, kita tiada pilihan sekiranya ingin kejayaan yang kekal.
Aku menyeru diri sendiri serta semua pembaca agar mengikuti dan mencontohi mereka yang diredhai Allah SWT.
Aku bukanlah orang yang pandai malah seorang pendosa yang hina.
Faktor kejayaan kita sangat bergantung kepada keseluruhan amalan kita di dunia ini samada mentaati Allah SWT mengikut cara Nabi SAW atau sebaliknya.
Buatlah keputusan yang bijak sebelum datangnya keputusan Allah SWT mengenai berakhirnya kehidupan kita di sini.
Semoga semua kita mendapat hidayah-Nya untuk membuat keputusan yang betul dan dirahmati Allah SWT.

Sekian dulu, wassalam.

Monday, 7 April 2014

KOTAK HITAM

Salam,

Sejak peristiwa MH370, kita disajikan dengan pelbagai info yang berguna mengenai industri aviasi.
Contohnya adalah BLACK BOX atau KOTAK HITAM di dalam sebuah kapal terbang.
Umumnya, semua telah mengetahui istilah kotak hitam adalah merujuk kepada objek berwarna oren yang mempunyai ketahanlasakan yang sangat tinggi.
Sangat diharapkan agar objek ini ditemui untuk mengetahui punca sebenar tragedi.
Kotak hitam akan menceritakan segalanya seperti CCTV gamaknya.
Tahukah dan sedarkah kita adanya kotak hitam dan CCTV di tubuh kita?
Semua ini akan dipaparkan di Padang Mahsyar sewaktu perbicaraan di Mahkamah Allah.
Hmmm... banyaknya kekurangan dan aib kita ye, hanya Allah yang tahu.
Hanya kepada Allah kita memohon agar kotak hitam dan CCTV kita akan memaparkan perkara baik sahaja, yang buruk ditutup oleh Allah swt, dengan sifat pemaaf dan penyayang-Nya.
Ok...semoga semua kita mendapat manfaat.

p/s-  JADILAH MANUSIA YANG PEMAAF KERANA INI MENENANGKAN KEGUSARAN KITA. :o)

Wednesday, 19 March 2014

MUSIBAH

Musibah adalah suatu malapetaka, perkara yang sukar dan sama sekali tidak diingini.
Kehilangan MH370 merupakan suatu musibah pada 8/3/2014.
Kematian seorang Ulama' muktabar yang mengabdikan diri untuk agama kerana Allah juga merupakan suatu musibah kepada ummat pada 18/3/2014 lebih kurang 10h selepas kehilangan pesawat.
Semua ini peringatan untuk kita supaya memperbanyakkan istighfar serta taubat.
Ya Allah, ampunilah aku dan ummat, serta kasihanilah kami.
Amin, ya rabbal alamin.

Tuesday, 18 March 2014

HUJAN

Alhamdulillah hujan dah turun.
Hampir 2 bulan kemarau...
Syukur kepada Allah swt.

Monday, 3 March 2014

04-MAC-14

Salam semua,

Tahun 2014 merupakan tahun ujian.
Ujian yang agak getir- kenaikan harga barang, banjir, kesejukan melampau, kemarau, kebakaran, jerebu dan lain-lain lagi.
Tapi beruntungnya menjadi orang Beriman kerana semua ini menyebabkan dosa diampunkan dan dinaikkan darjat apabila redha dan tabah menghadapi ujian.
Semoga Allah swt memberikan ketabahan kepada kita untuk menghadapi semua ujian kehidupan.
Sememangnya dunia ini tempat ujian, Akhirat tempat menuai hasil.
Sentiasalah berdoa agar diselamatkan daripada azab kubur, neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, dengan rahmat Allah swt.
Dan jangan lupa untuk kita menjadi mukmin sejati, bukan islam pada nama sahaja.
Sekian dahulu.
Wassalam.

Tuesday, 25 February 2014

March 2014

Salam semua,

Kurang seminggu akan memasuki bulan Mac, genap 10 tahun aku bermustautin di Negeri Johor.  Pejam celik, dah boleh dapat anugerah jasa bakti daripada tempat aku bertugas.  Setia juga aku bekerja kali ni ye, Alhamdulillah.
Segala nikmat hanya daripada Allah, bersyukur kepada-Nya.
Bulan tiga tahun ini rasanya agak meriah untuk keluarga aku terutama adik bongsu lelaki.
Kenapa?Rahsia....:o)
Oklah semua, semoga hari ini lebih baik dari kelmarin.
Sehingga berjumpa lagi.
Wassalam.