Tuesday, 19 April 2016

nirVANA

SALAM SEMUA...

Tadi terdengar lagu ni kat Sinar.fm.
Lagu rock kapak.
Heavy metal.
Ingat masa sekolah asrama dulu, illegal ajer dengar kaset ini..
Huuuu..... nostalgia sihhh...
Walau macam mana pun...kita layan jap.
Kesian kat Kurt Cobain, mati tanpa Islam.
Katanya overdose dadah.
DUIT TIDAK DAPAT BELI KEBAHAGIAAN.
NIRVANA=nama syarikat urus pengkebumian orang beragama Buddha.
Sekian dulu, wassalam.


P/S: Layan Kurt Cobain pun, solat berjemaah pada awal waktu di Masjid tau....

Saturday, 16 April 2016

Peranan Masjid di Akhir Zaman

Allah swt suka kepada hamba-Nya yang datang ke masjid setelah lama tidak datang seperti bertemunya ahli keluarga yang sudah lama terpisah.
Apatah lagi gembiranya Allah SWT kepada orang yang mengajak orang ke masjid.
Masjid sangat penting dalam Islam.
Nabi SAW tarbiah kepada Sahabat r.hum untuk pergi ke masjid apabila berhajat kepada apa-apa perkara sekalipun.
Kena ajak semua orang pergi masjid.
Beritahu kelebihan masjid.
Jangan pandang rendah kepada orang.
Semua orang Islam yang datang masjid adalah Da'ie.
Semua orang Islam layak memakmurkan masjid.
Tiada pengecualian.
Suasana masjid serta amal masjid Nabi SAW perlu dihidupkan di setiap masjid seluruh dunia.
Masjid berperanan penting untuk kekuatan orang Islam.
Setiap orang perlu diterangkan tentang kepentingan hidupkan amalan masjid.
Masalah pada akhir zaman apabila masjid kosong tanpa amal.
Setiap orang Islam bertanggungjawab untuk memakmurkan masjid Allah SWT.
Masjid ada suasana malaikat.
Gerakkan manusia kepada masjid adalah gerakkan Allah SWT kepadanya.
Sesiapa berjalan kepada Allah, Allah SWT akan berlari kepada hamba-Nya.
Kita rayu kepada orang sehingga dia rasa kasihan kepada kita untuk ikut kita pergi ke masjid.
Kita pergi ke semua rumah dan jumpa setiap orang.
Abu Hurairah r.hu pergi ke pasar dan ajak semua orang pergi ke masjid.
Dakwah ilallah ialah dakwah kepada hukum hakam Allah.
Hukum Allah yang paling utama adalah Solah.
Umpama kepala kepada badan - Solah - membezakan kufur dan Islam.
Oklah semua, harap semua berazam untuk memakmurkan masjid, Insha Allah.
Sekian dahulu, wassalam,


 MASJID SULTAN ISMAIL


 DI TANJUNG AGAS, MUAR, JOHOR.



LOKASI IJTIMAK ZON SELATAN; 28-30 APRIL. 

 WAJIBKAN SELURUH LELAKI ISLAM UNTUK HADIR.

Tuesday, 12 April 2016

Kematian yang dicemburui

Salam semua,

Dalam seminggu dua ini, ramai kenalan saya telah meninggal dunia.
Ini termasuk jiran saya yang baru berumur 43 tahun.
Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati mereka.
Jiran saya ini seorang yang sangat baik.
Sangat ringan tulang untuk membantu jika kami dalam kesusahan.
Beliau juga adalah seorang ustaz dan ahli jemaah masjid kami.
Seorang yang diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk merawat penyakit gangguan jin dan syaitan.
Saya terasa amat kehilangan.
Hanya mampu untuk berdoa kepada sahabat saya, semoga tenang kamu di sana.
Alhamdulillah, ramai yang datang untuk solat jenazah.
Semoga terdapat wali Allah dalam kalangan ahli jemaah.
Dapat terhindar dari seksaan kubur.
Al-quran yang sentiasa di tangan merupakan amalam istiqamah beliau.
Mulut sentiasa terkumat kamit berzikir kepada Allah SWT.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.
Pendek kata, kematian beliau adalah dicemburui.
Mati dalam tugasan mulia.
Untuk tujuan pendidikan dan dakwah.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kematian yang baik.
Mati dalam iman, dapat ucap dua kalimah shahadah.
Tulisan ini diabadikan kepada sahabatku, Allahyarham Mohd Rafiuddin yang telah kembali menemui Allah SWT pada 06 April 2016.
AL FATIHAH....




AHLI JEMAAH MASJID SEDANG MINUM PETANG SEBELUM MEMULAKAN PROGRAM ZIARAH RUMAH KE RUMAH- MENGHIDUPKAN SUNNAH NABI SAW.

Sunday, 3 April 2016

kemuliaan vs keaiban

Salam semua,

Kemuliaan.
Semua manusia ingin dimuliakan.
Begitu juga dengan keaiban.
Semua manusia mempunyai keaiban.
Kita dituntut untuk memuliakan dan menutup keaiban orang lain.
Tetapi sebaliknya manusia pada hari ini cenderung untuk memuliakan diri sendiri dan suka menyebarkan keaiban orang lain.
Sebab inilah menyebabkan kita dalam kehinaan.
Kita perlu berbalik kepada asal.
Jadi amalan untuk memuliakan orang lain.
Kenapa kita dimuliakan?
Adakah kerana kita mulia?
Bukan.
Kita dimuliakan kerana Allah swt menutup keaiban kita.
Janji Allah adalah untuk menutup keaiban hamba-Nya yang menutup keaiban saudaranya yang lain.
Semoga kita diberikan hidayah untuk menutup dan tidak menyebarkan keaiban serta keburukan.
Berdoalah agar kita semua dimuliakan di Akhirat nanti.
Juga agar Allah SWT menutup keaiban kita semua di Padang Mahsyar nanti.
Sekian dulu.
Wassalam.

 KENDERAAN SEKADAR KEPERLUAN



PENGINAPAN MEWAH SECARA KADAR MURAH

Nasib monyet melalui undian

Monyet menyerang kawasan kejiranan saya.
Banyak barang dirosakkan.
Makanan arnab saya juga habis dikerjakannya.
Jiran-jiran membuat pungutan suara samada pasang perangkap atau tembak.
Nampaknya tembak adalah jalan penyelesaian yang cepat.
Kita tunggu.
Nasib engkaulah monyet.
Ada Kebun sawit yang luas pun masih suka kacau orang terutama wanita yang sering menjadi mangsa en nyet.
Selamat menembak.
Wassalam.