Wednesday, 29 May 2019

Berakhirnya Ramadhan 1440H

Natijah sebulan Ramadhan adalah bertambahnya Taqwa kita kepada Allah SWT.
Menyambut Shawal secara sederhana adalah tanda kemenangan kita menundukkan hawa nafsu sepanjang Ramadhan yang lalu.
Semoga Allah SWT menerima semua amal kita.
Hakikatnya, perjalanan kita masih jauh.
Jangan terpedaya dengan lagu-lagu raya yang sedang berkumandang di sana-sini.
Muhasabahlah diri sendiri.
Lebih baik untuk menangis sekarang sebelum menangis di dalam kubur.
Biarlah di saat kematian kita, orang sekeliling menangis sedangkan kita gembira melihat Janji Allah.
Selamat berqiamullail dan menyambut malam Lailatul Jaizah.
Sekian dahulu.

POST kali ini didedikasikan kpd sahabat saya, En. Yazed yang menerima ujian besar di penghujung Ramadhan.  Semoga Almarhumah isterinya tenang di sana...AL-FATIHAH.


 Sahabat bernama Yazed, dari Kg. Baru.


 Baru kematian isteri pada hari Ahad yang lepas.


Semoga beliau sabar dan tabah menyambut lebaran ini tanpa isteri di sisi.

Saturday, 25 May 2019

10 Akhir Ramadhan

 Suasana taklim dan taklum di Masjid Nabawi


Terserlah keberkatan Ka'bah - Baitullah - Aku rindu



Alhamdulillah kini telah memasuki fasa 10 akhir Ramadhan al-mubarak.
Semoga terus diberi taufiq dan hidayah untuk memburu malam Lailatul-Qadr.
Sebenarnya banyak cubaan apabila berada di fasa ini.
Marilah kita memohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosa kita.
Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa' fu 'anni.
Perbanyakkan ucapan ini di setiap masa.
Tidak tahu samada sempat atau tidak dengan Ramadhan 1441.
Mungkin ini Ramdhan terakhir kita?
Ya Allah, terimalah kami.Amin YRA.

Wednesday, 8 May 2019

Awal Ramadhan 1440H






Gambar arnab di zoo Singapura ini tiada kaitan dengan tajuk posting ini.
Alhamdulillah, sudah hampir 5 hari kita berada di bulan Ramadhan.
Bermakna sudah separuh daripada 10 hari Ramadhan bakal berlalu, iaitu RAHMAT.
Akan diikuti 10 hari kedua=PENGAMPUNAN.
Ayuhlah kita semua berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan.
Jangan lupa doakan minta Syurga dan dijauhkan daripada neraka.
Paksakanlah air mata untuk mengalir.
Banyakkan istighfar dan ucapan tahlil.
Semoga semua kita dipanjangkan umur untuk menghabiskan 10 hari Awal Ramadhan.
Semoga semua mendapat manfaat daripada pembacaan ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.