Wednesday, 23 November 2011

Jauh perjalanan

Alhamdulillah selesai menunaikan solah Asar.  Masih di blok C16, selesa di sini berbanding dengan blok FKAAS yang baru.  Duduk di depan komputer, masih memikirkan lagi tentang perbincangan dengan sekumpulan pelajar tahun akhir di bawah seliaanku.

Masih banyak perkara harus aku ketahui dan kuasai.  Teringat pula kata-kata penceramah sewaktu menghadiri kursus di Skudai, LONG JOURNEY, very LONELY.... RESEARCH, that is it...

Semester pertama aku secara separa masa berlalu begitu pantas, sudah minggu ke-10.  Bermakna tinggal sebulan sahaja lagi untuk melabuhkan tirai sem I 2011/12.  Semakin hampir juga aku perlu mempersembahkan Cadangan Penyelidikan yang masih kabur.  Kata SV ku, "Present aja, yang penting adalah input daripada Panel".

Berbalik kepada hakikat kehidupan yang perlu ditempuhi, gembira, ketawa, sedih, menangis adalah lumrah alami makhluk bergelar manusia.  Yang terpenting, biar orang sekeliling menangisi pemergian kita tetapi kita GEMBIRA dan TERTAWA apabila menemui Allah SWT.  Inilah yang telah dialami oleh para sahabat r.hum, insan terpilih, hidup pada kurun terbaik.  Marilah kita jadi seperti para SAHABAT R.HUM sebelum terlambat, ayuhh....

Tuesday, 22 November 2011

27 Zulhijjah 1432

Salam semua,

Kurang 5 hari lagi kita akan menyambut tahun baru Hijrah 1433.  Selamat tinggal 1432.  Masa yang berlalu tidak akan berulang.

Bagaimana keadaan kita sekarang?Masing-masing perlu MUHASABAH DIRI... semakin hari, semakin dekat kita dengan KUBUR.....

OK..nnt sambung lagi..ada pelajar datang untuk konsultansi....

Sunday, 25 September 2011

minggu ke-3

Salam Sejahtera kepada semua pembaca..

Telah 2 minggu berlalu, sekarang adalah minggu ke-3 sesi kulian semester 2011/12.  Sewaktu kuliah pada minggu lepas, saya telah bertanya kepada pelajar-pelajar saya, apakah PERSAMAAN kita?

Bermacam-macam JAWAPAN diberikan.  Akhirnya, saya memberi kata putus, persamaan kita yang pasti ialah, semua kita akan MATI.  Semua bersetuju.

Oleh yang demikian, semua orang termasuk pembaca perlu membuat PERSEDIAAN yang secukupnya untuk menghadapi SAKARATUL MAUT...

Wallahu a'lam.

Thursday, 8 September 2011

Minggu TRANSFORMASI mahasiswa

Kini berada di IPTA yang terletak dalam wilayah Iskandar Malaysia, kawasan paling pesat membangun dalam Malaysia (baru dengar fakta ni).

Di sini, pelajar-pelajar baru sedang mengalami transformasi.

Terkenang kembali lebih 10 tahun yang lalu semasa umur aku seperti mereka.

Pantas masa berlalu, tidak mungkin lagi untuk kita kembali, inilah perkara yang paling jauh.

Kini aku pun bergelar pelajar, tetapi MAHASITUA... dah TUA...

Korang tolong doakan aku agar cepat-cepat menghabiskan pengajian dan boleh balik KAMPUNG...

Sekian dulu, Wassalam.

9.45 pm @ Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Thursday, 1 September 2011

BP-NS-PP-BS-PP-NS-BP

Assalamualaikum semua,

Amacam Aidilfitri 1432?  Harap-harap semua dalam keadaan terbaik... di bulan baik ini, ambo mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua.  Biasalah dah namanya manusia, pasti ada membuat kesilapan sama ada sedar atau tidak.

Kepada yang akan memandu jauh, buatlah persediaan, dapatkan rehat yang secukupnya dan berhati-hati ketika memandu.  Yang di sebelah pemandu tu, faham-fahamlah tanggung jawab kamu, jangan asyik membuta aja... TAK FAHAM atau buat-buat TAK FAHAM...heheh...

So, setelah lama bercuti, selamat kembali bekerja dan harapnya lebih produktif. 

Kepada bakal mahasiswa/i, TaHNIAH diucapkan, semoga berjaya menghabiskan pengajian...

Salam Aidilfitri 1432,

3 Syawal 1432.....

Kg. Pulau Lima, PP, Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Sunday, 21 August 2011

TAWAU-SEMPORNA-KK

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg. Maha Pengasih...

Dalam bulan Ramadhan ini, berjumpa dengan 2 bloggers (http://kurma-tehel.blogspot.com/ & http://muhajier718.blogspot.com/)akhirat yg. terkenal di tanah air.. di kawasan perkampungan orang asli dan nun jauh di hujung Malaysia, bumi Semporna.  Semoga penghuni langit dan ALLAH swt juga mengenali kita sbg hamba-Nya yg taat..amin..

Skrg aku dah bosan, dah rindu kepada anak-anak dan tentunya isteri tercinta. pagi-pagi esok macam nak pergi KK Airport awal-awal, nak naik kapal terbang paling awal....waaaa......  boleh ka?

Aku nak tujukan lagu ini kepada semua sahabat2, guru2 dan pelajar2.... semoga ikatan persahabatan kita berkekalan sampai akhirat,...AMIN....

Akhir kata, kita kena sedih..RAMADHAN 1432 sudah di penghujung... dan raikanlah HARI RAYA secara sederhana dan ayuh semua membuat persediaan untuk panggilan HAJI 1432, kita kena banyak menagis sekiranya tidak terpilih oleh-Nya...amin..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DRPD AHMAD RAQIB, UMMU SOFIYAH, SITI SOFIYAH DAN UTHMAN...

Friday, 15 July 2011

Mempelajari Perisian TRAIS 3.2

Alhamdulillah pada hari ini berpeluang mempelajari cara menggunakan perisian TRAIS versi 3.2 oleh En. Mohd. Faiz mewakili Syarikat Worldwide Ultimate Solutions Sdn. Bhd.


Perisian ini dibangunkan berdasarkan kepada Image processing.  Boleh digunakan untuk penyelidikan kejuruteraan lalu lintas.

Wednesday, 13 July 2011

FOUR RINGS OF FAMILY PROSPERITY

1.  Communicating

2.  Understanding

3.  Loving

4.  Caring


-FAMILY MODERATOR INCORPORATED-

Puasa pun belum, persiapan Raya dah beres

Salam semua,

Topik pagi IKIM.fm..mengenai persiapan menyambut eidul fitri sebelum Ramadhan..APA KOMEN ANDA?

Teka-teki pagi tadi, BUAH APA PALING JUJUR?... cuba jawab...jawab jangan tak jawab.... dengan sebab yg munasabah..kenapa dia JUJUR?

Ahlan wa sahlan Ramadhan Al-Mubarak

Video klip MANBAI (Uthman Bai), semoga terhibur:)

Ihya' Ramadhan

Kurang sebulan lagi kita akan berpuasa Ramadhan.  Apa persediaan kita yaa....?

Bermulanya satu perjalanan....

Hari ini ambo berpeluang mempelajari cara-cara membuat blog (bukan goblok yer) daripada Sifu Master Sheikh Azmi...a.ka. Tn. Hj. Azmi. 

Kenapa ambo memilih Jale Sokmo?... Ada sebab... nanti akan diberitahu pada kemudian hari...