Sunday, 4 October 2020

Tragedi OKTOBER 2020

Salam semua

Nampaknya sekarang sudah memasuki fasa ke-3 gelombang Covid-19 di negara kita.  2 IPTA iaitu UnisZa dan UUM ditutup serta-merta apabila warga mereka disahkan positif Covid-19.  Ayuhlah kita banyakkan berdoa agar kita diselamatkan daripada wabak ini.  Moga ini menjadi asbab pengampunan dosa kita semua.  Amin Ya Rabbal Alamin.



Wednesday, 9 September 2020

SEPTEMBER 2020

Salam semua,

Hampir 6 bulan kita menjalani perintah kawalan pergerakan(pkp) yang bermula pada 18 Mac lalu.

Mungkin tidak terasa sekarang kerana di fasa pemulihan tetapi kita kena ingat, masih dalam pkp ye.

Sekian dahulu, wassalam.



JOM PERGI BERCUTI DALAM TEMPOH PKPP SEHINGGA 31 DISEMBER 2020


Wednesday, 15 July 2020

Maksud beragama

Apakah kita faham maksud beragama?
Walaupun kita ini dilahirkan dalam keadaan islam.
Agama itu mudah tetapi mudahnya bagaimana?
Adakah dengan mengikuti kehendak nafsu kita dalam mengamalkan agama?
Maksud beragama yang sebenar ialah kita menunaikan segala perintah Allah dalam konteks untuk mendapat keredhaan Allah serta segala cara adalah cara Nabi SAW.

Semoga kita mendapat manfaat, sekian terima kasih.

Sunday, 12 July 2020

Haji 1441 yang penuh misteri

Tahun ini bakal menyaksikan peristiwa luar biasa di Mashair haji.
Manakan tidak, suasana yang hiruk pikuk dengan jutaan manusia bersempena 10 Zulhijjah setiap tahun akan dihadiri hanya sekitar 10,000 manusia pada tahun 2020 ini.
Moga Allah swt tidak murka dengan kita.
Wahai sahabat, bersamalah kita menyambut Raya Haji dengan penuh keinsafan serta taubat nasuha.
Sekian dahulu, wassalam.

PERCUTIAN KELUARGA PAK DA HAJI BERSEMPENA PKPP, ALHAMDULILLAH.

Monday, 27 April 2020

4 Ramadhan 1441

Alhamdulillah telah masuk 4 hari kita berpuasa.
Memang betul-betul berbeza puasa tahun ini.
PKP bermula 18 Mac 2020.
Rasanya akan berlanjutan sehingga hari raya.
Banyak masa di dalam rumah sendiri.
Harapnya boleh banyak kali khatam quran.
Sekian dulu.
Wassalam.

BILA NAK SPLASH LAGI?

Wednesday, 11 March 2020

Health Screening by 12 March 2020

Sheikh Maidi al Periai.........

Alhamdulillah selamat menjalani ujian saringan kesihatan Covids-19.  Tidak perlu kuarantin.
Semua peserta program di Masjid Sri Petaling turut disarankan untuk menjalani ujian ini.
Coronavirus adalah makhluk.  Semua ini ujian daripada Allah SWT.
Bertawajuhlah kepada Allah SWT.
Bertaubat dan berdoalah kepada Allah SWT.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, 9 March 2020

Mac 2020

Salam to all

Mangsa yang mati akibat Covids-19 dah mencecah 3000 orang lebih.
Mekah dan Madinah pun sunyi kerana langkah kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan Ibadat Umrah.
Sayu bila melihat tiada orang yang tawaf di Kaabah.
Inilah petanda akhir zaman dan hampirnya dengan kiamat.
Semoga kita diampunkan dan diberi rahmat oleh-Nya.
Amin Ya Rabbal Alamin.




Wednesday, 29 January 2020

Januari 2020

Selamat menyambut 2020.
Katanya ada kereta terbang?
Tetapi cita-cita menjadi negara maju hanya tinggal harapan.
Banyak peristiwa awal 2020.
Australia terbakar, krisis AS-Iran, virus Wuhan (coronavirus) dan pelbagai lagi.
Rasanya tahun ini agak mencabar.
Selamat menempuhi 2020.
Sekian terima kasih.