Monday, 23 March 2015

DAKWAH RIB'I BIN AMIR KEPADA RUSTAM

Ketika Rib'i masuk ke tempat Rustam, maka dia melihat orang-orang telah menghiasi istana Rustam dengan bantal-bantal kecil yang disulam emas, permaidani daripada sutera, tiang-tiang yang dihiasi intan yaqut dan batu permata yang sangat berharga, serta perhiasan-perhiasan mahal lainnya.

Pada waktu itu, Rustam memakai mahkota yang dihiasi dengan perhiasan-perhiasan yang sangat mahal, dia sedang duduk di atas singgahsana yang terbuat daripada emas.  Lain halnya dengan Rib'i bin Amir, dia memasuki istana Rustam dengan mengenakan pakaian yang sangat sederhana, menyandang pedang dan perisai dan mengenderai kuda yang pendek.  Dengan mengenderai kuda itu, dia terus masuk ke dalam ruangan istana dan permaidani yang mahal itu diinjak-injak oleh kudanya, lalu dia berhenti di hadapan singgahsana Rustam dan mengikat tali kudanya di salah satu tiang singgahsana.  Lalu dia menghadap Rustam sambil membawa pedang dan tamengnya serta mengenakan topi besi pelindung kepala.

PETIKAN DARIPADA KITAB HAYATUS SAHABAH JILID 1, KARANGAN MAULANA MUHAMMAD YUSUF AL KANDAHLAWI RAH.A.

Persoalannya di sini, siapa Rib'i dan Rustam?
Kita nak ikut siapa?
Nak tahu jawapan, tanyalah orang alim dan ustaz di tempat kalian.
Sekian, terima kasih.

MAHKOTA

MASJID SULTAN ABU BAKAR

PINTU PAGAR ISTANA

SINGGAHSANA ISTANA

PENUNGGANG


Tuesday, 10 March 2015

Cari persamaan dan kurangkan sengketa

Salam semua,

Keadaan politik dan ekonomi negara agak kurang stabil buat masa ini.
Pelbagai pihak dan puak dalam keadaan sengketa.
Saling memburukkan, fitnah-menfitnah menjadi kebiasaan.
Keadaan ini sangat menyedihkan dan mengundang kemurkaan Allah SWT.
Bersatulah wahai ummat Islam.
Tiada masa lagi untuk berdebat untuk perkara sia-sia.
Bersatulah dalam hal akhirat, nescaya kita saling-menyayangi untuk perkara dunia.
Janji Allah SWT:  Barangsiapa yang kejar akhirat, dunia akan datang kepadanya dalam keadaan hina sebagaimana yang telah berlaku kepada para Sahabat r.hum.
Ketika Sayyidina Umar r.a. menjadi khalifah, lebih separuh dunia di bawah takluk orang Islam.
Orang Islam dimuliakan dan amat dihormati serta disanjungi.
Sangat berbeza dengan keadaan kita hari ini.
Kasihanilah kepada saudara kita yang kafir kerana mereka tidak mendapat pengajaran daripada akhlak orang Islam yang tidak mengamalkan agama.
Semoga kita beroleh manfaat.
Sekian, wassalam.