Saturday, 24 November 2018

cuti sekolah 2018




Ya Allah, gembiranya dapat menziarahi kekasih-Mu.
Pilihlah aku agar menjadi tetamu-Mu secepat mungkin.
Duyururrahman - gelaran untuk para tetamu Allah swt, orang yang melakukan Haji/Umrah dan ziarah Madinah.
Sedihnya hati bila lama tidak menjejakkan kaki di bumi Haramain.
Bila musim cuti sekolah, ramai rakyat Malaysia melakukan ibadat Umrah, Alhamdulillah.
Kasihan juga kepada orang yang langsung tiada keinginan ke Tanah Suci Mekah.
Teringat kepada seorang kenalan aku, bila menceritakan bab haji, beliau menolak, menyuruh tukar topik perbualan lain.
Aku tak tau apa puncanya.
Semoga beliau diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk sempurnakan Agama.
Sekian dulu, wassalam.

Thursday, 22 November 2018

Maulidur Rasul 1440


Sempena bulan Maulid ini, Allah swt telah memilih ahli keluargaku menunaikan umrah bersama kedua ibu bapaku.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt dengan kurniaan ini.
Semoga Allah swt memilih isteri-isteriku dan aku menunaikan Umrah secepat mungkin.
Amin ya Rabbal Alamin.