Wednesday, 13 November 2013

Kisah kehidupan orang-orang terdahulu

Salam semua,

Sudah 10 Muharam 1435, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih hidup.
Kehidupan dunia adalah ujian.
Kaya, miskin, pandai, bodoh, popular, tidak dikenali, sihat dan sakit semuanya ujian.
Keputusan ujian ini akan diperolehi di akhirat samada lulus atau gagal.
Lulus ganjarannya syurga dan gagal menyebabkan kita ke neraka untuk selamanya.
Beruntunglah orang yang mendapat syurga dan rugi serta bernasib malang bagi ahli neraka.

Hamba yang berdosa ini ingin berkongsi sedikit kisah mengenai orang-orang terdahulu yang hidup di kalangan manusia mewah serta alpa tetapi mereka berjaya mendapatkan syurga milik Allah swt.
Siapakah Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW?
Nabi Isa a.s., dilahirkan oleh Maryam bt Imran a.s., tanpa bapa (tanpa asbab)  membuktikan kekuasaan Allah swt pada zaman materialistik, sebab dan akibat, terlalu mementingkan teori semata-mata sehingga melupakan Allah swt.
Nabi Isa a.s. boleh berkata-kata dengan fasih sewaktu bayi dan disaksikan oleh para yahudi tetapi mereka menafikannya (tidak mahu mengaku kesalahan mereka) serta menuduh dan menfitnah Maryam a.s. melakukan perkara keji.
Maryam a.s. adalah anak yang dinazarkan oleh Imran dan isterinya untuk menjadi penjaga kepada Baitul Maqdis.
Siapakah yang menjaga Maryam a.s. di masjidil Aqsa sejak dari kecil?
Nabi Zakariya a.s. (merupakan bapa saudara kerana isteri baginda adalah emak saudara Maryam a.s.) yang pada ketika itu masih belum dikurniakan anak yang dipilih intuk menjaga Maryam a.s.
Setelah berumur 90 tahun, dalam keadaan lanjut usia, lahirlah anak beliau, Nabi Yahya a.s.
Mereka ini insan terpilih, mendapat pelbagai mukjizat bukti benarnya ajaran Islam yang mentauhidkan Allah swt.
Kitab taurat dan injil menjadi panduan pada zaman itu.
Nabi Zakariya a.s. mati akibat digergaji dan Nabi Yahya a.s. mati akibat dipancung dalam mendakwahkan agama Islam.
Nabi Isa a.s. menjadi mangsa konspirasi pendeta Yahudi bersama tentera Romawi yang membawa kepada hukuman bunuh.
Akhirnya, baginda Isa a.s. di angkat ke langit, tidak mati dan akan kembali ke dunia ini sebagai Umat Muhammad saw untuk bersama Imam Mahadi dalam misi memusnahkan Dajjal serta Yakjuj Makjuj pada akhir zaman nanti.
Kisah mereka sangat menarik untuk dibaca serta dijadikan pedoman kepada kita semua dalam menempuhi kehidupan ini.
Melalui Nabi Muhammad saw, kita diberikan petunjuk al-quran dan hadis sebagai pedoman supaya tidak sesat.
Kitalah yang menentukan destinasi kita di akhirat samada syurga atau neraka.
Pilihlah jalan orang-orang yang telah berjaya ini, jalan para nabi a.s., siddiqin, syuhada' dan orang-orang soleh.
Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan berubah, ayuh sebelum datangnya Malaikat Izrail a.s..

Di kesempatan ini, hamba yang berdosa ini ingin menyeru terutamanya kepada diri sendiri dan semua pembaca supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan di akhirat nanti.  Bila akhirat di kejar, dunia akan datang melutut kepada kita.
Ini janji Allah swt.
Kejarlah akhirat wahai diriku.
Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya (amal soleh kitalah ye...).
Kejayaan hakiki manusia hanya dalam agama Islam, Menunaikan segala perintah Allah swt serta mengikuti cara Nabi SAW (sunnah).
Wallahu a'lam.
Sekian dulu.

     BANYAK BAHAN BACAAN ILMIAH SECARA SANTAI... BAGUS UNTUK DI BACA.

Monday, 28 October 2013

Cuti Sekolah

Salam semua,

Bulan November semakin hampir, bulan yang ditunggu-tunggu oleh pelajar sekolah.
Cuti panjang akhir tahun akan bermula.
Para ibu bapa sibuk mengaturkan jadual sepanjang cuti.
Masa yang lapang perlu diisi dengan perkara bermanfaat.
Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.
Aku pun merancang untuk menghantar anak2 balik kampung selama 2-3 minggu.
Biar mereka merasa suasana hidup di kampung.

Angsa di kampung sedang menunggu anak-anak kecil pulang ke desa.
Sekian dulu, selamat bercuti.

Sunday, 4 August 2013

Salah siapa?

Hak Peribadi Anda pernah dicerobohi?
Anda marah atau tidak?
Atau memendamkan perasaan kerana ingin menjaga perasaan orang lain?
Anda mungkin betul atau tidak, terpulang kepada justifikasi masing-masing.
Anda dicabul atau dirogol?
Dan anda mendiamkan diri, tandanya anda bersetuju dan pemangsa akan mengulanginya lagi.
Anda sepatutnya cepat-cepat melaporkan kepada pihak berwajib kerana kesalahan itu adalah sangat berat dalam undang-undang negara kita.
Anda diam?Kenapa?Sayang kepada pemangsa?Malu?Kepada siapa?Kepada manusia yang kebanyakannya hipokrit dan tiada bersama waktu susah kita?
Malulah kepada Allah.
Kenapa boleh berlaku?Kerana kita yang mencari.  Itu sahaja jawapan ringkas.

Dah tahu pemangsa itu memang bersifat binatang, masih keluar berdua-duaan... nasihat orang yang anda katakan sayang kepadanya diabaikan.  Kerana untuk menjaga perasaan orang lain juga?  Ini memang salah anda.  Anda membenarkan perkara ini berlaku dan anda mendiamkan diri menyebabkan pemangsa akan mengulanginya lagi.

Mohonlah perlindungan daripada Allah.  Kenapa doa anda tidak dikabulkan lagi?
Kerana salah anda juga, Allah tidak pernah salah.
Belajarlah untuk menyalahkan diri kerana kita akan banyak belajar daripadanya.
Sebaliknya orang yang merasakan dia bijak dan tidak perlu diajar pasti akan semakin jahil.
Jahil yang melampau menyebabkan anda takabbur.
Orang takabbur pasti lebur.  Bersifat syaitan.  Neraka jahannamlah tempatnya.  
Tiada tempat di dalam syurga untuk manusia kafir dan syirik.
Jauhkanlah sifat-sifat syirik kerana ia jalan ke neraka.
Sekian sahaja coretan pagi ini, Wallahu a'lam.

Thursday, 4 July 2013

Bulan rahmat

Salam semua,

Kurang seminggu kita akan mula berpuasa.
Ramai yang gembira menyambutnya, bulan Rahmat, pengampunan dan pembebasan daripada neraka.
Dalam bulan ini terdapat satu masa yang maqbul untuk si pendoa, maka marilah kita banyakkan berdoa dalam bulan ramadhan.
Semoga kita dipanjangkan umur untuk sampai ke ramadhan ini dan ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu.
Yakinilah Allah SWT maha pengasih, penyayang dan pengampun.
Bulan ini dinobatkan sbg bulan umat khusus untuk kita yang sering melakukan dosa.
Semoga madrasah ramadhan yang bakal kita lalui akan menyucikan kita seperti bayi yang baru dilahirkan.
Rentetan daripada ramadhan adalah bulan haji yang merupakan simbolik kepada kemuncak pengorbanan seorang hamba kepada Rabb.
Semoga semua mempunyai keazaman yang sungguh-sungguh untuk menunaikan haji yang merupakan rukun Islam yang kelima.
Semua bersedia? Insya Allah.

Friday, 21 June 2013

Masa yang berlalu

Salam kepada semua,
Hari ini adalah 21 hb. Jun 2013, hari yang bersejarah bagi hidup aku.
Insya Allah pagi ini aku akan ke Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur untuk khuruj 40H.
Rasanya last aku khuruj 40H pada tahun 2002 (11 tahun yang lalu), bulan Ramadhan jugak, sebelum aku menikah pada Dis 2002.
Selepas tu, rasa2 aku, mmg x sampai 40H, adalah kurang dari itu, mungkin komitmen kerja, isteri + anak.
Sebenarnya, terlalu banyak fadhilat 40H, sampai aku pun x reti nak cerita..hahaha... BTW, kpd sapa yg ingin  tahu, sila pm, aku cuba terangkan sebaik yang mungkin.
Aku mengambil peluang di cni utk mengucapkan terima kasih kpd semua insan yg memberikan sokongan kpd aku terutama mak ayah, wife dan anak2, SV aku, a.k.a Dr. Zaly, dan semua sahabat.
Bersyukur kpd Allah swt krn menyelesaikan masalah aku dan diharapkan perjalanan menjadi mudah serta sentiasa dirahmatinya.
Aku rasakan inilah tempoh terbaik utk aku bermunajat kpd-Nya, memohon petunjuk dan hidayat, hanya sanya kerana-Mu ya Allah, untuk agama-Mu.
Nampaknya azan subuh telah berkumandang, jom ke masjid.
Korang semua tolong doakan aku ye, Insya Allah aku juga turut mendoakan kalian.
Sekian dulu, wassalam.

Wednesday, 5 June 2013

Gundah gulana

Perasaan aku agak tidak tenteram buat masa ini.
Aku kurang pasti apa yang telah, sedang dan akan berlaku.
Apapun, hati kecil aku berdoa agar semuanya selamat.
Kepada yang lemah, bersabarlah, kita ada Allah.
Kepada yang kuat, janganlah engkau menzalimi yang lemah kerana akhirat itu pasti dan akan diadili.
Suami seharusnya menjaga dan membimbing isteri dan bukannya utk di maki hamun serta dibelasah.
Sekiranya, sudah tiada kasih sayang, lepaskanlah isteri dengan kerelaan kerana isteri adalah anugerah, bukannya hak milik mutlak.
Seorang isteri perlu dibelai, dibimbing dan dilindungi oleh seorang suami yang bertanggungjawab di dunia dan akhirat.
Isteri adalah tanggungjawab, maka jadilah suami yang bertanggungjawab.
Ini sahaja coretan aku pada petang ini.
Kepada yang berkenaan, berhentilah kamu daripada mendera isteri secara mental dan fizikal kerana mati itu pasti.

Tuesday, 14 May 2013

13 Mei 2013

Salam kepada semua pembaca,

Sudah lebih seminggu kita melalui PRU yang dikatakan paling bersejarah.
Senarai Kabinet dikhabarkan akan diumumkan esok oleh YAB Perdana Menteri.
Ketua Pembangkang masih sibuk mengadakan perhimpunan sebagai tanda membantah keputusan PRU.
Sultan Johor bertitah supaya tidak menyebarkan fitnah.
Aku tertarik dengan fitnah.
Terlalu banyak dan berleluasa.
Kita kena selidik dan tapis berita yang kita baca dan dengar.
Sewaktu aku di Tesco hujung minggu lepas, ada amoi bertanya kepada staf bahagian perkhidmatan pelanggan mengenai GST.
Terpinga-pinga staf berkenaan nak jawab sebab dia pun tak tahu.
Aku tahu kenapa amoi itu bertanya.
Dia percaya kepada resit pasal GST yang tersebar dengan luas di kalangan pengguna internet.
Kenapa mereka suka buat fitnah, sebar benda yang tak betul?
Tujuannya nak jatuhkan kerajaan.
Kepada kerajaan memerintah, teruskan kerja, usah pedulikan pihak2 yang dengki.
Anda buat kerja dengan ikhlas, rakyat dapat manfaat, anda selamat di akhirat.
Kepada pembangkang, tunggulah PRU yang ke-14.
Bila ada perkara tak baik mengenai pembangkang, cepat-cepat mereka mengatakan 'fake', 'superimpose' dan sebagainya.
Aku dah bosan dengan perangai penfitnah dan suka menipu ni.
Sudah-sudahlah, cukup-cukup sudah.
Bertaubatlah...termasuk aku yang suka gak baca karangan korang, yang aku tahu... banyak menokok tambah daripada perkara sebenar.
Selamat bertaubat di bulan Rejab.
Sekian dulu, wassalam.

Friday, 3 May 2013

PRU ke 13 pada tahun 2013

Salam semua,

Hari ini merupakan hari terakhir untuk pihak berkepentingan menjalankan kempen.
Kempen beserta manifesto dicanang serta diterangkan kepada rakyat.
Rakyat akan keluar mengundi pada hari esok untuk memilih kerajaan memerintah.
Pemerintah lama berharap mereka terus diberi mandat manakala pembangkang amat berharap dapat menjadi pemerintah baru dengan slogan UBAH.
Barisan Nasional selaku kerajaan pemerintah menggunakan slogan AKU JANJI.
Diharapkan semua janji manis ini ditunaikan apabila dipilih untuk menjadi penaraju Malaysia maju.
Semoga Malaysia terus maju dengan diterajui oleh insan yang amanah serta integriti dan mementingkan kehidupan ukhrawi.
Ingatlah semua, terutama diri sendiri, kehidupan dunia adalah ujian, mati itu pasti dan kehidupan akhiratlah kehidupan yang kekal untuk selamanya.
Beruntunglah orang Mukmin yang Bertaqwa serta yang Beramal Soleh yang dijanjikan Syurga oleh Rabbul Alamin yang mengalirnya sungai dibawahnya.
Semoga kita semua mati dalam keadaan diredhai oleh Allah Swt, dalam keadaan mentaati perintah Allah SWT serta mengikuti Sunnah Nabi SAW.

Monday, 18 March 2013

Minat vs mengantuk

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang baik hati,

Jam telah menunjukkan 10.40 malam, mata masih cerah membaca blog-blog pilihan, agak lama tidak berkunjung menyebabkan aku ketinggalan.
Agaknya kenapa masih tidak mengantuk?Kerana minat aku membaca blog, yang simple, mudah difahami atau senang dikelaskan sebagai bahan bacaan santai.
Kat depan aku ni, ada 2 buku ilmiah: Modelling Transport dan Handbook of TRANSPORT and the ENVIRONMENT.
Baca + tak faham = mengantuk.
Sama gak kalo baca jurnal, cepat aje mengantuk.
Aku salute kepada sahabat2 yang suka baca jurnal tanpa jemu sebab mereka minat dan bersungguh-sungguh serta fokus.
Hakikatnya, tak semua orang mampu membaca dan memahami bahan ilmiah yang beraras tinggi.
Aku agak hanya segelintir manusia mengabdikan diri untuk perkara ini contohnya ahli akademik di universiti. Aku teringat kata-kata seorang pensyarah aku dulu - YOU HAVE BEEN PAID TO READ. Hmmmm, sekadar pandangan peribadi aku dan ini tidak mewakili mana-mana pihak atau Hadis Nabi SAW.

Oleh itu, aku perlu tanamkan minat untuk membaca bahan ilmiah dengan bersungguh-sungguh, berulang-ulang serta lebih fokus untuk mendapat hakikat membaca jurnal.

Korang tolong doakan aku agar berjaya mencapai niat ini ya..terima kasih wahai pembaca yang budiman.

Lepas maghrib tadi aku berpeluang duduk dalam satu majlis ilmu di Masjid Sultan Ismail.
Ustaz Ismail mengupas tentang ujian untuk orang beriman dan kasih sayang seorang ibu serta saranan untuk berkhidmat kepada ibu bapa yang masih hidup.  Beliau menekankan tentang pentingnya untuk kita menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat dan menyarankan agar segera bertaubat kepada Allah swt.  Hati begitu tersentuh dengan ceramah beliau dan menyebabkan perasaan begitu rindu kepada orang tua aku di kampung.  Insya Allah aku cuba usahakan untuk balik kampung pada cuti sekolah ini.

Sekian sahaja untuk kali ini, maasalaamah.

-Salam alaik-

Wednesday, 13 March 2013

13-03-13

Salam kepada semua pembaca,

Harap-harapnya semua berada dalam keadaan sihat wal-afiat dan ceria.
Hari ini aku ingin bercerita pasal perniagaan.
Perniagaan/Muamalat adalah sebahagian dari Islam.
9/10 rezeki datangnya melalui perniagaan.
Abdul Rahman Auf radiallahu anhu, salah seorang daripada 10 orang sahabat nabi SAW yang dijamin memasuki jannah ketika masih hidup juga merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya.
Kedengaran di corong radio ikim.fm temubual dengan mahasiswa UPM yang menjalankan perniagaan secara separa masa.
Jualan Burger di Kolej Pendeta Za'ba dengan niat untuk berkhidmat kepada pelajar-pelajar.
Niat yang baik selalunya menemui jalan mudah serta diredhai-Nya.
Aku pun suka niaga, memang niat untuk jadi ahli perniagaan dan pernah juga menceburi bidang ini secara separa masa.(barangandapur.com)
Setakat ini, tidak konsisten dan tidak bertahan lama.
Tetapi, alhamdulillah tetap ada untung walaupun kecil.
Aku ucapkan selamat maju jaya kepada yang mula nak berniaga.

Itu baru mukaddimah bro.
Perkara yang aku nak tekankan di sini ialah mengenai perniagaan yang tidak merugikan.
Memang ini dijanjikan oleh-Nya melalui Nabi SAW tercatat dalam kitab al-quran.
Apa perniagaan tu bro?...Hmmm.... aku bagi tugasan sikit untuk pembaca...
Cubalah google- PERNIAGAAN YANG MENYELAMATKAN KAMU DARI AZAB YANG PEDIH.
Selamat mencari jawapan....
Sekian dulu buat kali ini, wassalam.

Tuesday, 12 March 2013

12 Mac 2013

Hari ini aku berjumpa cikgu aku.
Banyak perkara dibincangkan, sebentar sahaja sejam masa berlalu.
Tajuk penyelidikan aku berubah sedikit, lebih kepada pembangunan model baru supaya lebih mudah digunakan pada masa akan datang terutamanya untuk situasi di Malaysia.
Cikgu aku memberi satu perkataan baru- PARSIMONIOUS MODEL.
Nak kena google la sekejap lagi.

Hari ini juga lebih kurang seminggu berlaku pertempuran di Sabah.
Kita hadiahkanlah Al-Fatihah untuk mereka yang gugur di medan.
Semoga selamat kepada yang lain dan cepat2 lah krisis ini berakhir.

Sekarang aku sedang membaca buku - NOTA HATI SEORANG LELAKI oleh Ust Pahrol Mohd. Juoi.
Aku rasa buku ini patut dibaca oleh lelaki Islam, bacaan ringan yang santai dan penuh makna serta teka-teki.
Sekian dulu catatan aku, selamat berjuang kepada semua, BERJUANG UNTUK HIDUP....
Terima kasih.

Wednesday, 20 February 2013

Bulan Kursus

Salam semua,

Diharapkan berada dalam keadaan tenang, gembira serta ceria... dalam ketaatan kepada Allah swt ikut Sunnah Nabi saw.

Bulan Februari 2013 sudah hampir ke penghujung dan Alhamdulillah, dapat menyertai 2 kursus bersama Dr. Othman Talib UPM dikelolakan oleh saudara Shuhairy (SPSS for beginner) dan Dr. Bu Utem dikelolakan oleh kak Airin (Mendeley+MS Words+dropbox+syncback).

Kedua-dua kursus ini penting untuk aku supaya lebih menguasai kemahiran menggunakan tools dalam menjalankan kajian (Menulis, menyusun bahan bacaan dan analisis data).

 senyum sokmo.

 Bincang...

 Sesi bergambar...

 Ramainya....

Serius...

Korang boleh tengok gambar-gambar yang di'snap' oleh Penganjur ketika kursus dijalankan.  Terima kasih kepada penganjur dalam mengelolakan kursus-kursus ini.  Semoga berjumpa lagi.  Wassalam.

Tuesday, 12 February 2013

12 Feb 2013

Hujan masih turun, sejak daripada pagi.
Cuaca agak sejuk dan sangat sesuai untuk beradu.
Masih dalam mood cuti Tahun Baru Cina di seluruh Malaysia.
Aliran trafik meningkat untuk perjalanan ke arah ibu kota dari setiap pelusuk desa.
Aku ingin mengucapkan selamat memandu, pandulah dengan lebih berhemah pada musim perayaan ini.

Setakat ini dulu, nampaknya bahang pilihanraya semakin terasa... Are you ready for PSY and BN?.. itulah ucapan PM 1Malaysia sewaktu sambutan CNY di Pulau Pinang baru-baru ini.

Semoga masyarakat majmuk Malaysia aman daripada segala kekecohan dan kekacauan.  Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, 29 January 2013

29-01-2013

Salam semua,

Hati anak perempuanku begitu gembira apabila berpeluang bercakap melalui telefon dengan sepupunya yang sebaya yang kini menetap di Miri, Sarawak.  Gembira seorang anak yang tiada dosa...

Ada seorang kenalan yang sibuk mencari rumah sewa.  Hatinya gusar kerana masih belum mendapat rumah. Gusar seorang dewasa...

Gembira, sedih, risau, gusar semuanya adalah perasaan yang hakikatnya milik Allah SWT.  Dialah yang memberikan rasa gembira kepada kita dan sebaliknya.  Oleh itu, pohonlah kepada Allah SWT untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.  Hanya orang yang bahagia boleh membahagiakan orang lain.  Jangan pula terover sehingga perlu dikejarkan ke Hospital Bahagia, opss.....

6.30 ptg @ Taman Kenangan Indah.


Tuesday, 22 January 2013

Januari 2013

Salam semua,

Hari ini merupakan 10 Rabiul Awal bersamaan dengan 22.01.2013.  Sudah setahun 4 bulan aku menjadi pelajar (setahun merupakan pelajar separa masa) di sebuah IPTA tempatan.  Aku perlu duduk di asrama untuk menjiwai rutin seorang mahasiswa.

Sekarang merupakan cuti antara semester, kebanyakan pelajar mengambil kesempatan untuk balik kampung.  Aku pula duduk bertapa di makmal, mencari ilham untuk meneruskan pengajianku yang berbaki 4 semester yang ditetapkan oleh penaja, suatu masa yang amat singkat sebenarnya.

Hanya pada Allah aku memohon dan meminta agar dimudahkan segala urusan pembelajaranku kerana sudah hampir satu semester aku ketinggalan akibat perbuatan sihir manusia yang berhatikan syaitan.  Semoga usaha aku dipandang oleh-Nya dan mendapat rahmat-Nya untuk keselamatan dunia akhirat.  Anak-anak dan isteri aku terpaksa berkorban sedikit tinggal berjauhan demi segulung ijazah.  Setiap perkara memerlukan pengorbanan.

Semoga tahun 2013 menjadi tahun gemilang untuk kami sekeluarga, Amin Ya Rabbal Alamin.