Tuesday, 29 March 2016

Solat TAUBAT, baru solat HAJAT

Salam semua,

Perkongsian hari ini.
Dengar Prof. Dr. Muhaya berbicara di IKIM.fm.
Kita kena banyak solat taubat.
Kemudiannya solat hajat.
Sentiasa rasa diri kita berdosa.
Jangan jemu untuk memohon keampunan.
Anak kita adalah reflek / cermin diri kita.
Beri markah untuk Kesihatan, Emosi, Intelektual dan... (lupa) kepada anak kita.
Sentiasa puji sifat baik anak kita.
Bukan puji dia.
Sifat baik yang dipuji.
Allah suka, nabi suka.
Jangan bangga dengan amal soleh.
Amal pun makhluk.
Bergantung penuhlah kepada Allah SWT.
Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.
Wallahu a'lam.


BM AND ENGLISH VERSIONS.  YANG PALING PENTING, KITA SEMUA KENA USAHAKAN KEHIDUPAN KITA MIRIP SEPERTI KEHIDUPAN SAHABAT R.HUM.


Monday, 28 March 2016

Solatlah dulu

 JOM LAYANNNNN......

Jadilah ORANG BAIK-BAIK

Salam Asar,

Lagi 10 minit, masuk waktu solat wusto...ASAR.
Orang yang baik solat pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau berhampiran.
Jom kita jadi orang baik.
Kena paksa diri jadi orang baik.
Solat ini amanah, hubungan suci antara hamba dan Allah SWT.
Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab kelak.
Beruntunglah orang yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
Ini merupakan perjalanan orang baik.
Tahajjud adalah perjalanan orang Soleh.
Marilah kita menjadikan diri orang baik dan Soleh.
Semoga kita mendapat manfaat.
Sekian dahulu, wassalam.

 ARNAB ADALAH BINATANG YANG BAIK



ARNAB JENIS APA NI?

Sunday, 27 March 2016

Senangkanlah urusan duniawi, perincikan urusan Akhirat

Salam ceria,

Dunia sementara, akhirat kekal selamanya.
Urusan dunia boleh ditangguhkan tapi segerakan urusan akhirat.
Solat di awal waktu, segerakan perintah Allah SWT.
Mudahkan urusan dunia kita, jangan terlalu berkira.
Tekankan dan berkira-kiralah urusan akhirat kita.
Solat, Quran, Zikir, Sedeqah, Zakat, Haji, Dakwah dan sebagainya.
Hisablah diri kita sebelum dihisab kelak.
Semoga kita mendapat manfaat.
Allahumma Amin....

 BANGUNAN YANG CANTIK DIBINA UNTUK DIMUSNAHKAN... PASTI.


DULU MAHAL, SEKARANG MURAH...INILAH DUNIA....

Wednesday, 16 March 2016

Fenomena Alam?

Salam semua,

Gerhana matahari, kepanasan melampau, banjir, gempa bumi dan lain-lain lagi.
Bermacam perkara berlaku pada tahun 2016.
Termasuk juga kenaikan kos sara hidup yang begitu ketara.
Terpulang kepada kita.
Samada nak mengatakan semua ini fenomena alam dan dibuktikan secara saintifik.
Atau ingin merasakan Allah SWT sedang murka atas perbuatan dosa-dosa orang Islam.
Terpulanglah.
Inilah bezanya orang beriman dengan tidak beriman.
Orang beriman sentiasa yakin dengan janji Allah SWT serta sabda Nabi SAW.
Orang kafir sentiasa mengkufuri nikmat Allah SWT.


 PATIN MASAK TEMPOYAK DI TEMERLOH


BESTNYA MANDI LAUT


SATE SPESEL...


PULUT PAUH...


TERBANG TINGGI...


KHUTBAH GERHANA MATAHARI.


Tuesday, 15 March 2016

KASIHANILAH KEPADA UMMAT

DOA NABI SAW UNTUK UMMAT PERLU DIHAYATI.
SEMUA KITA ADALAH UMMAT NABI SAW.
PERLU UNTUK KITA BERDOA APA YANG TELAH DIDOAKAN OLEH NABI SAW.
APA DOANYA?
BERJUMPALAH DENGAN ULAMA' UNTUK MENGETAHUI DOA TERSEBUT.
SELAMAT MENUNTUT ILMU.
WALLAHU A'LAM.
SEKIAN, WASSALAM.

Monday, 7 March 2016

Syarat Ketaatan: TAUBAT

Salam semua,

Ingin berkongsi dengan apa yang baru dipelajari oleh Sheikh Habib Al-Sagoff.
Apa itu maksud murid?Murid adalah orang yang berhajat kepada ilmu.
Ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Banyak kisah orang alim zaman dahulu diceritakan dalam kuliah beliau.
Antara intipatinya adalah tentang ketaatan dan taubat.
Kesimpulannya, taubat sangat penting untuk taat kepada Allah SWT.
Sabar juga satu elemen penting.
Sekian dahulu, wassalam.

Sunday, 6 March 2016

THE PATH

Hadhrat Abdullah bin Umar radiyalaahu anhuma had mentioned, "Whoever wishes to follow the way of another, should follow the ways of those who have passed away. These were the companions of Muhammad sallalaahu alayhi wassalam, who were the best people of this Ummah. Their hearts were most pious, their knowledge was deepest and they were least pretentious. They were people whom Allah Ta'ala had chosen to be companions of His Nabi sallalaahu alayhi wassalam and for the transmission of His Deen. You people should emulate their character and mannerisms. By the Rabb of the Kaabah! The Sahabah radiyalaahu anhum of Rasulullah sallalaahu alayhi wassalam were correctly guided."

source:

http://kuffiyah.blogspot.my/2016/03/notification.html

Dakwah Taklim Istiqbal

 Round kawasan




 XTVT setiap hari Jumaat pukul 10.00 pagi




Simpang yang bermasalah:














Dakwah Taklim Istiqbal

Sangat penting amalan dakwah dalam kehidupan kita.
Dakwah sangat diperlukan untuk kita lebih hampir kepada Allah SWT.
Taklim juga penting untuk meningkatkan kesungguhan beramal.
Istiqbal diperlukan supaya seluruh masyarakat dapat mendampingi masjid.
Masjid seolah-olah jantung kepada kampung.
Jika hidup amal masjid bermakna sejahteralah masyarakat di kampung tersebut.
Wallahu a'lam.

Saturday, 5 March 2016

Jalan ke Syurga atau Neraka?

Salam semua,

Kita semua adalah manusia, ada akal fikiran serta jasad yang masih bernyawa.
Alhamdulillah kita dikurniakan kewarasan berfikir untuk menilai baik dan buruknya suatu perkara.
Secara umum, kita tahu perkara baik dan buruk.
Syaitan dan nafsu sentiasa menghasut kita kepada perkara keburukan.
Sedangkan Rohani kita sangat memerlukan dan dahagakan kebaikan.
Kebaikan inilah yang membawa kita ke Syurga.
Kebaikan yang beserta dengan Iman taqwa dan amal soleh menuju kepada keredhaan Allah SWT.
Kita diberikan kebebasan untuk memilih.
Samada jalan ke syurga atau ke neraka.
Jalan ke neraka, senang di dunia, menuruti nafsu, melanggari perintah Allah SWT, tiada mujahadah.
Untuk menuju syurga, banyak rintangan perlu ditempuhi, penuh dengan mujahadah.
Selagi diberi peluang, kembalilah ke pangkal jalan.
Pintu taubat masih terbuka.
Segeralah kita untuk bertaubat.
Pilihlah jalan ke Syurga.
Semoga kita diberikan hidayah.
Amin ya Rabbal A' lamin.