Monday, 21 September 2015

Hidayah untuk Beramal

Salam semua,

Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang.
Hamba-Nya yang terpilih ialah para rasul dan anbiya'.
Serta para sahabat r.hum, tabiin, orang soleh, syuhada'.
Diberikan hidayah oleh-Nya untuk beramal.
Hatta untuk ucap satu Subhanallah, perlukan hidayah-Nya.
Apatah lagi untuk mengerjakan Haji.
Esok adalah hari wuquf.
Wuquf hanya di Arafah pada 9 Zulhijjah.
Tiada Haji tanpa Wuquf.
Semoga kita diberikan Taufiq dan Hidayah oleh-Nya untuk beramal soleh sempena bulan Zulhijjah.
Amalan berkorban, puasa sunat dll lagi sangatlah dituntut kepada yang mampu.
Semoga Aidil Adha kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Selamat Menyambutnya dengan penuh penghayatan.

SELAMAT BERKORBAN...

Maaf zahir dan batin.

Sekian dahulu.

Assalamualaikum.

 Aduh, Lembu mengamuk!!!


 Berapa RM satu bahagian ni?


 Lembu Badak?


Menunggu giliran...

Sunday, 13 September 2015

Hari ini bila kita dengar hadith fadhilah keluar di jalan Allah, kita anggap untuk berperang padahal perang bukan maksud karena tidak ada nabi diutus oleh Allah s.w.t untuk binasakan manusia

Setiap manusia diatas mukabumi ini berusaha. Setiap orang yang berusaha akan mendapat keyakinan atas apa yang diusahakan. Seorang petani yang usaha atas pertanian maka akan dapat keyakinan atas pertaniannya. Seorang peniaga yang usaha atas perniagaan maka akan dapat keyakinan untuk dapat sesuatu dari perniagaannya. Seorang pemerintah yang ada keyakinan atas pemerintahannya, yang usaha atas kuasanya maka akan datang keyakinan atas kuasanya. 

Setiap orang berusaha dan dalam hati mereka ada keyakinan atas usaha yang mereka telah lakukan.

Hari ini usaha atas agama telah ditinggalkan, usaha atas iman telah ditinggalkan oleh manusia. Oleh kerana itu, keyakinan atas agama telah keluar daripada hati manusia. Hari ini agama telah jadi satu benda yang ikhtiar dan infradi[1], satu benda pilihan dan bersifat peribadi. Sedangkan agama adalah bersifat ijtimai[2]. Asalnya agama bersifat ijtimai dan umum. 


Agama perlu 
diamalkan secara ijtimai. 

Oleh kerana tiada usaha atas agama, maka dari hati orang Islam sendiri telah tidak ada keyakinan pada agama. Telah tidak ada penggantungan pada agama bahawa dengan agama kita akan dapat kejayaan. 


Punca utama ialah kerana usaha agama telah ditinggalkan.



Allah s.w.t telah janjikan hidayah dengan usaha mereka yang bermujahadah, berusaha dan bersusah payah. Usaha yang macam mana? Maulana kata ada banyak cara usaha tetapi usaha yang dikehendaki ialah usaha yang mengikut kehendak Allah s.w.t dengan cara yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Usaha yang mana Nabi s.a.w telah bangunkan sahabat-sahabat. Usaha yang mana Nabi s.a.w telah sediakan sahabat-sahabat. Melalui usaha itu, agama akan datang dalam kehidupan kita. 


Kita kena yakin dalam hati kita, bahawa satu-satunya cara yang pasti untuk dapat hidayat daripada Allah s.w.t adalah dengan perantaraan usaha dakwah illallah.

 Usaha tersebut hendaklah dijalankan dengan cara yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Kita kena buat usaha dengan cara yang dikehendaki oleh Allah s.w.t yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. 

Kita kena pasak dalam hati kita bahawa hanya dengan usaha yang dibuat oleh Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat sahaja agama akan datang dalam kehidupan kita dan seluruh umat. 

Tidak ada cara lain.

PENIPU @ KAKI KENCING?

Salam to Alls,

Anda pernah menipu?
Atau kena tipu?
Aku cerita pengalaman aku.
Pernah jadi penipu.
Dihasut oleh syaitan, nafsu dan kawan.
Hidup tak tenang, tak gembira dan kucar-kacir.
Bertaubat.
Aku bertaubat, tak boleh menipu.
Tak perlu tipu.
Hidup tenang, ok dan sangat aman

Pernah kena tipu?
Biasalah, insan biasa yang lemah.
Kadang-kadang orang yang berpura-pura baik, tetapi memang penipu besar.
Banyak aku belajar daripada Si penipu pada tahun 2013.
Huhu, terima kasih ye Si penipu 2013.
Aku maafkan dan halalkan RM aku tu.
Semoga dia bertaubat dan insaf.
Tidak lagi menipu, terutamanya kepada suami barunya.

Penipu ke 2, tahun 2014.
Si penipu 2014.
Bertugas sebagai tentera di Kem Kluang.
Masih berhutang kepada aku.
Semoga diberi hidayah untuk melangsaikan hutang RM.
Berdoalah agar dimudahkan untuk membayar hutang.
Aku juga seorang yang byk berhutang, tetapi aku berusaha utk melangsaikannya.
Ingatlah, roh seorang yang berhutang tanpa niat untuk melangsaikannya akan terseksa.
Semoga Allah swt mudahkan kita untuk settlekan hutang sebelum mati.

SEKIAN DAHULU.
WASSALAM