Kemuliaan.
Semua manusia ingin dimuliakan.
Begitu juga dengan keaiban.
Semua manusia mempunyai keaiban.
Kita dituntut untuk memuliakan dan menutup keaiban orang lain.
Tetapi sebaliknya manusia pada hari ini cenderung untuk memuliakan diri sendiri dan suka menyebarkan keaiban orang lain.
Sebab inilah menyebabkan kita dalam kehinaan.
Kita perlu berbalik kepada asal.
Jadi amalan untuk memuliakan orang lain.
Kenapa kita dimuliakan?
Adakah kerana kita mulia?
Bukan.
Kita dimuliakan kerana Allah swt menutup keaiban kita.
Janji Allah adalah untuk menutup keaiban hamba-Nya yang menutup keaiban saudaranya yang lain.
Semoga kita diberikan hidayah untuk menutup dan tidak menyebarkan keaiban serta keburukan.
Berdoalah agar kita semua dimuliakan di Akhirat nanti.
Juga agar Allah SWT menutup keaiban kita semua di Padang Mahsyar nanti.
Sekian dulu.
Wassalam.
KENDERAAN SEKADAR KEPERLUAN
PENGINAPAN MEWAH SECARA KADAR MURAH


No comments:
Post a Comment