Tuesday, 29 December 2015

Mati itu Pasti

Salam semua,

Korang tak rasa pelik ke?
Tahun ini, masih belum berlaku banjir besar tetapi ramai yang mati lemas.
Bermacam-macam kes, kebanyakannya lemas.
Di air terjun, pantai, sungai.
Sedang mandi, basuh tangan dan kaki di gigi air, naik bot, naik rakit, memancing dan sebagainya,
Ini semua Kuasa Allah swt.
2 remaja yang aku kenali tenggelam dalam lautan yang luas.
Seorang ditemui keesokan harinya, berhampiran lokasi lemas.
Seorang lagi ditemui setelah 5 hari 4 malam, lebih kurang 100 km dari Pantai Rhu Sepuluh.
Pastinya, mereka mati syahid.
Lemas dan sedang berada di Jalan Allah.
Semoga Allah menerima mereka.
Mengharapkan ampunan Allah Swt.
Terjadinya asbab tersebarnya Hidayah kerana pengorbanan mereka dan ahli keluarga.
Semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menanggung ujian ini.



 Makanan lazat tidak bermakna untuk orang yangs sedang nazak


 Dunia ini merupakan ujian yang sedang kita lalui.


 Sentiasa teringin kepada kenderaan baru, ANGAN-ANGAN MAT JENIN


Berkhatan, permulaan untuk perubahan fizikal kepada anak lelaki....



Persoalannya, bagaimana dengan kita?
Mati tidak dapat dielakkan.
Lambat atau cepat, pasti mati.
Sedih melihat umat Islam hari ini.
Tidak amalkan agama sempurna.
Meninggalkan kerja Dakwah.
Semua ini adalah dosa.
Semoga kita diberi hidayah untuk segera bertaubat.


Dakwah itu wajib.
Tanggungjawab setiap individu,
Sekurang-kurangnya dakwahkan diri sendiri supaya cenderung kepada kebaikan.
Kepada iman taqwa amal soleh.
Mentaati Allah swt dan mengikuti Sunnah Nabi SAW.
Melakukan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangannya.
Suami bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
Jangan kita mati dalam keadaan mensyirikkan Allah SWT.
Semoga kita beroleh manfaat.
Sekian dulu, wassalam.



Sunday, 27 December 2015

perjalanan yang sangat panjang

 LUAS TERBENTANG
 TENGOK LAUT PUN DAPAT PAHALA....






 UTUSAN MALAYSIA 24/12/2015
 LEGO
 JANDA AD RESORT
 BOARDING

 RAYANI AIR
SAFAR LAGI

Monday, 14 December 2015

SELASA

Apa khabar semua?
Esok dah hari Rabu.
Hari Khamis ini, dah gaji....17/12.
Alhamdulillah.
Allah bagi rezeki.
Allah bagi kita gembira.
Kesedihan pun datang daripada Allah.
Semuanya dari Allah, yang baik-baik lah.
Yang buruk, datang dari kita.
Akibat dosa dan maksiat kita.
Allah terus balas di dunia supaya kurang sengsara di Akhirat sana.
Setiap kesakitan dan kesedihan adalah kaffarah.
Syaratnya kita redha dengan Allah.
Oklah pembaca sekalian.
Semoga semuanya sukses.
Fokus dalam setiap pekerjaan kita.
Perlu Itqan dalam kerja buat kita.
Sehingga bertemu lagi.
Wassalam.

PENDOSA DAN SENTIASA BERDOA KEPADANYA

Salam semua,
Kita adalah pendosa.
Kita lebih mengetahui keadaan diri kita.
Segala keburukan dan kelemahan.
Kemaksiatan yang kita lakukan.
Secara sembunyi atau terang-terangan.
Hanya kita yang tahu.
Orang lain tak tahu.
Kita boleh berlakon.
Menjadi pelakon hebat.
Tetapi hanya di depan manusia.
Tidak di depan Allah SWT.
Allah SWT maha melihat, maha mengetahui, maha mendengar, maha bijaksana dan maha hebat.
Segala yang berlaku adalah di bawah pengetahuan-Nya.
Jadi, bolehkah kita menipu Allah?
Tentu tidak boleh.
Oleh itu, marilah kita mohon keampunan daripada Allah.
Mohonlah segala hajat kita kepada-Nya.
Hajat kecil atau besar.
Hajat dunia atau akhirat.
Hanya kepada Allah kita berdoa.
Berdoa dan terus berdoa.
Jauh di dalam hati, moga Allah SWT menerima doa kita.
Insha Allah, kita semua sentiasa berdoa kepada-Nya.
Sekian dahulu.
Wassalam.

Wednesday, 9 December 2015

CETEKNYA ILMU DAN TAK BERFIKIR PANJANG

Ada seorang manusia.
Diberi bermacam-macam nikmat, tetapi masih tidak bersyukur.
Masih melanggar perintah Allah swt.
Bangga dengan maksiat yang dilakukannya.
Suka mendedahkan keaiban manusia lain terutamanya yang pernah berbuat baik kepadanya.
Anjing pun kenal erti mengenang budi kepada tuannya.
Inilah manusia hipokrit.
Semoga mendapat Hidayah.

Cerita petang Ahad.
Kesian melihat seorang ibu tua.
Anak-anaknya ramai, tetapi masih bercakaran.
Tidak stabil daripada segi agama, ekonomi dan semuanya.
Aku hanya sekadar kasihan.
Kerana nasihat berguna diberikan kepada anaknya tidak diendahkan.
Semoga tidak sengsara di Akhirat sana.
Sekadar celoteh.

Sunday, 6 December 2015

Japan - Part 2











































BIAR GAMBAR BERBICARA.
ALHAMDULILLAH SELAMAT BERSAFAR.
SEMOGA ALLAH SWT MENGAMPUNI KITA SEMUA.
SEMOGA DIBERI HIDAYAH UNTUK BERTAUBAT.
MATI DALAM KEADAAN HUSNUL KHOTIMAH.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
SEKIAN.