Bismillahirrahmaanirrahiim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Pembaca budiman,
Apakah perkara paling pasti? Penulis merasakan ramai yang tahu. Terlalu banyak penulis melihat / mendengar berita tentang kematian dalam seminggu dua ini. Pada dua minggu yang lepas, penulis sendiri terserempak dengan kemalangan maut yang baru berlaku di mana mayat masih berada dalam kereta. Mengerikan.
Jumaat lepas (17/2) dikejutkan lagi dengan berita kemalangan maut di jalan utama di hadapan kampus yang melibatkan seorang warga emas. Jumaat yang terbaru (24/2), seorang kawan menceritakan kemalangan maut berlaku di hadapannya yang menyebabkan dua kematian. Beliau menceritakan bagaimana beliau membantu mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal. Dan yang terbaru, kenalan baik bapa juga sebaya dengan bapa saya (64 tahun), yang saya kenal meninggal dunia pada pagi Ahad (26/2). Semoga Allah swt mencucuri Rahmat-Nya dan mengampuni arwah. Arwah adalah seorang yang amat disenangi dan seorang yang peramah.
Semua perkara yang berlaku perlu diambil oleh penulis bahawa, maut pasti datang, sudah tertulis di Luh Mahfuz, tidak lambat dan cepat walaupun sesaat. Didapati semua insiden di atas adalah kematian mengejut (sudden death), tiada sakit atau petanda, cuma yang membezakan ialah keadaan akhir arwah. Penulis ingin berkongsi mengenai kenalan baik bapa. Beliau merupakan karkun (Deen Worker) dan banyak berkhidmat kepada ayahnya yang telah uzur. Pada pagi Ahad, beliau bangun awal dan ke surau berhampiran rumahnya. Beliau pulang ke rumah setelah berasa tidak sedap badan dan meminta isterinya menyapu minyak angin. Setelah berasa agak lega, beliau kembali ke surau untuk azan Subuh dan sewaktu mengambil wudhuk, beliau telah rebah dan meninggal dunia. Cantik bentuk kematiannya, dalam usaha untuk menyucikan diri dan melaungkan azan serta menunaikan Solah Subuh. Semoga Allah swt menerima niatnya dan meletakkan rohnya dia kalangan orang2 yang soleh.
Sesungguhnya kita akan dibangkitkan di Mahsyar sebagaimana keadaan kita dimatikan. Marilah kita memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan Husnul Khaatimah, mengucap kalimah Syahadah dan Allah Mengasihani kita, bukan untuk pengiktirafan manusia, tetapi pengikitirafan Allah, menggembirakan Allah swt. Beruntunglah untuk orang yang Iman Taqwa dan Beramal Soleh, inilah orang yang akan diMULIAKAN oleh Allah swt. Wallahu a'lam.
Monday, 27 February 2012
Thursday, 16 February 2012
Irritating statement
Salam semua,
Tajuk inggeris? Isi kandungan dalam bahasa melayu. Cuba korang baca penyataan ini:
ALLAH AKAN TANYA KITA, KENAPA KITA TIDAK MEMILIH PEMIMPIN, KENAPA KITA TIDAK MENDAFTAR MENGUNDI. MAKA, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDAFTAR MENJADI PENGUNDI.
Hadith palsu akhir zaman? Apa pandangan korang. Aku terkejut baca 'statement' ini, banner dalam web page utusan malaysia. Sapa yang cakap? Imam muda - Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.
Yang jelas dan nyata, Allah akan tanya beberapa soalan dalam kubur dan alam akhirat.
Siapa Rabb kamu? Allah
Siapa Nabi kamu? Muhammad SAW
Apa agama kamu? Islam
Siapa saudara kamu? Org islam
4 Perkara akan ditanya di mahsyar
Bagaimana kamu habiskan usia kamu?
Bagaimana kamu habiskan usia muda kamu?
Dimana kamu dapatkan harta dan bagaimana kamu belanjakan?
Apakah kamu amal apa yang kamu tahu?
Aku tak pasti betulkah statement ini dikeluarkan oleh Imam Muda atau dieksploitasi oleh pihak lain. Memang aku tak nampak suatu yang haq daripada penyataan ini, jauh menyimpang apa yang aku dok belajar....
Dunia akhir zaman, hari2 gempa bumi, manusia dah mcm binatang, berzina tepi jalan, orang zalim @ fasiq di puja, orang alim@ buat usaha yang haq dihina, hamba lahirkan tuan, etc.....
Ayuhlah sahabat2ku, tingkatkan IMAN TAQWA kpd ALLAH, melalui jalan MUJAHADAH cara DAKWAH nabi SAW.... beruntung untuk org IMAN TAQWA & AMAL SOLEH, dijanjikan SYURGA oleh ALLAH SWT...Wallahu a'lam.

Monday, 13 February 2012
14 Februari 2012
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Apa kaitan dengan tajuk 'entry' kali ini? Tiada istimewa pada tarikh tersebut, cuma ditakdirkan pada tahun ini, ia jatuh dalam Bulan Rabiul Awal, bulan kelahiran dan juga kewafatan Nabi SAW. Kelahiran Nabi SAW adalah suatu rahmat untuk seluruh alam dan kewafatan baginda SAW juga adalah suatu musibah besar untuk kita. Mari kita bersama-sama berselawat kepada Nabi SAW.
Aku ingin berkongsi cerita dengan pembaca mengenai 'Wak Selamat - Tukang Urut Retro'. Semalam, sahabat baikku, Ab. Jalil sudi menemani aku pergi mengurut di Kg. Baru untuk sesi ke-2. Sekali lagi berjumpa dengan orang kampungku di rumah Wak Selamat, seperti 2 minggu sebelumnya, turut menemui orang kampungku di rumah yang sama. Pada telahanku, Wak Selamat ini mempunyai 'ranking' yang agak tinggi di kalangan tukang urut profesional kerana pelanggan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mengurut.
Seperti biasa, kami akan bersembang @ ngobrol untuk menghilangkan kebosanan sewaktu menunggu giliran. Aku bertanya kepada Wak Selamat, "Boleh tak saya mempelajari ilmu mengurut?" Beliau memberi reaksi positif tetapi memberi beberapa syarat. Syarat yang pertama ialah:
Perlu berpuasa sehari semalam, dan pada malam itu, perlu berjaga sehingga ke subuh, berjalan sambil berzikir kpd. Allah menyusuri jalan dalam kampung, tidak boleh terkena cahaya, sekiranya terkena akan dikira batal.
Ini baru syarat pertama. Fuhhh... belum lagi syarat seterusnya. Aku cakap kat Wak Selamat, BELUM CUBA BELUM TAHU....HEHE.
Dipendekkan cerita, aku diurut pukul 11 ++ malam, selesai jam 11.45 malam. Sesi berikutnya adalah sebulan selepas ini. (kena 3 kali jugak, macam 3 hari setiap bulan aje) Niat nak minum dulu tetapi telah lewat malam menyebabkan ditangguhkan dulu niat ini ke malam esok, Insya Allah.
MORAL OF STORY
Lumrahnya, setiap perkara yang diinginkan sememangnya memerlukan pengorbanan jiwa dan raga. Ingin menjadi tukang urat juga memerlukan susah-payah. Bagaimana dengan pengorbanan yang dituntut untuk mendapatkan syurga Allah SWT? Renungkanlah serta hayatilah pengorbanan para sahabat r.hum dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Terlalu jauh jika dibandingkan dengan keadaan kehidupan kita pada hari ini yang penuh dengan kemewahan dan langsung tidak mahu bersusah-payah dalam perkara Agama. Alangkah jauhnya kita terpesong dari kehidupan Nabi SAW. Renung-renungkanlah wahai pembaca budiman. Ayuhlah kita beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT. Semoga kita semua dirahmati dan dikasihani oleh Allah SWT. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)