Monday, 13 February 2012

14 Februari 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Apa kaitan dengan tajuk 'entry' kali ini?  Tiada istimewa pada tarikh tersebut, cuma ditakdirkan pada tahun ini, ia jatuh dalam Bulan Rabiul Awal, bulan kelahiran dan juga kewafatan Nabi SAW.  Kelahiran Nabi SAW adalah suatu rahmat untuk seluruh alam dan kewafatan baginda SAW juga adalah suatu musibah besar untuk kita.  Mari kita bersama-sama berselawat kepada Nabi SAW.

Aku ingin berkongsi cerita dengan pembaca mengenai 'Wak Selamat - Tukang Urut Retro'.  Semalam, sahabat baikku, Ab. Jalil sudi menemani aku pergi mengurut di Kg.  Baru untuk sesi ke-2.  Sekali lagi berjumpa dengan orang kampungku di rumah Wak Selamat, seperti 2 minggu sebelumnya, turut menemui orang kampungku di rumah yang sama.  Pada telahanku, Wak Selamat ini mempunyai 'ranking' yang agak tinggi di kalangan tukang urut profesional kerana pelanggan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mengurut.

Seperti biasa, kami akan bersembang @ ngobrol untuk menghilangkan kebosanan sewaktu menunggu giliran.  Aku bertanya kepada Wak Selamat, "Boleh tak saya mempelajari ilmu mengurut?"  Beliau memberi reaksi positif tetapi memberi beberapa syarat.  Syarat yang pertama ialah:

Perlu berpuasa sehari semalam, dan pada malam itu, perlu berjaga sehingga ke subuh, berjalan sambil berzikir kpd. Allah menyusuri jalan dalam kampung, tidak boleh terkena cahaya, sekiranya terkena akan dikira batal.

Ini baru syarat pertama.  Fuhhh... belum lagi syarat seterusnya.  Aku cakap kat Wak Selamat, BELUM CUBA BELUM TAHU....HEHE.

Dipendekkan cerita, aku diurut pukul 11 ++ malam, selesai jam 11.45 malam.  Sesi berikutnya adalah sebulan selepas ini.  (kena 3 kali jugak, macam 3 hari setiap bulan aje)  Niat nak minum dulu tetapi telah lewat malam menyebabkan ditangguhkan dulu niat ini ke malam esok, Insya Allah.

MORAL OF STORY

Lumrahnya, setiap perkara yang diinginkan sememangnya memerlukan pengorbanan jiwa dan raga.  Ingin menjadi tukang urat juga memerlukan susah-payah.  Bagaimana dengan pengorbanan yang dituntut untuk mendapatkan syurga Allah SWT?  Renungkanlah serta hayatilah pengorbanan para sahabat r.hum dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.  Terlalu jauh jika dibandingkan dengan keadaan kehidupan kita pada hari ini yang penuh dengan kemewahan dan langsung tidak mahu bersusah-payah dalam perkara Agama.  Alangkah jauhnya kita terpesong dari kehidupan Nabi SAW.  Renung-renungkanlah wahai pembaca budiman.  Ayuhlah kita beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.  Semoga kita semua dirahmati dan dikasihani oleh Allah SWT.  Amin.

No comments:

Post a Comment