Salam semua,
Penggal persekolahan 2019 kian hampir.
Ibu bapa mengira-ngira belanja untuk anak-anak.
Baju sekolah, kasut, beg dan sebagainya.
Agak terasa untuk golongan bawahan dan yang mempunyai ramai anak.
Masa untuk melabur, pelaburan untuk masa depan anak-anak.
Yang akan memasuki sekolah menengah mungkin masih mencari sekolah pilihan.
Beruntung yang dapat 6A, boleh pergi ke sekolah yang diidamkan.
Kepada yang tidak menyerlah, teruskan perjuangan anda.
Kehidupan bakal dilalui masih panjang.
semoga kalian berjaya.
Bye...
Sunday, 9 December 2018
Monday, 3 December 2018
Rabiul Akhir 1440
Sekejap masa berlalu.
9/12=1 Rabiul Akhir.
Ya Allah, rindunya aku kepada-Mu.
Pilihlah aku untuk ku melihat Kaabah-Mu pada tahun hadapan.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Monday, 26 November 2018
Saturday, 24 November 2018
cuti sekolah 2018
Ya Allah, gembiranya dapat menziarahi kekasih-Mu.
Pilihlah aku agar menjadi tetamu-Mu secepat mungkin.
Duyururrahman - gelaran untuk para tetamu Allah swt, orang yang melakukan Haji/Umrah dan ziarah Madinah.
Sedihnya hati bila lama tidak menjejakkan kaki di bumi Haramain.
Bila musim cuti sekolah, ramai rakyat Malaysia melakukan ibadat Umrah, Alhamdulillah.
Kasihan juga kepada orang yang langsung tiada keinginan ke Tanah Suci Mekah.
Teringat kepada seorang kenalan aku, bila menceritakan bab haji, beliau menolak, menyuruh tukar topik perbualan lain.
Aku tak tau apa puncanya.
Semoga beliau diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk sempurnakan Agama.
Sekian dulu, wassalam.
Thursday, 22 November 2018
Maulidur Rasul 1440
Sempena bulan Maulid ini, Allah swt telah memilih ahli keluargaku menunaikan umrah bersama kedua ibu bapaku.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt dengan kurniaan ini.
Semoga Allah swt memilih isteri-isteriku dan aku menunaikan Umrah secepat mungkin.
Amin ya Rabbal Alamin.
Friday, 26 October 2018
Hidup seumpama Roda
Ini Tayar daaaa......
Sekejap senang, kemudian susah balik.
Umpama roda, kejap kat atas dan kat bawah.
Inilah lumrah kehidupan.
Yang penting, perhubungan kita dengan Allah SWT semakin hampir untuk setiap hari.
Kasihan kepada manusia yang percayakan bomoh.
Syirik yang tidak terampun.
Jika mati, masuk neraka.
Nauzubillah.
Semoga kita dijauhkan daripada kejahatan - kejahatan manusia.
Amin Ya Rabbal Alamin.
STK
Sunday, 7 October 2018
kebenaran VS kebatilan
Bird Nest
Rezeki di pagi hari
Syukur kepada Allah swt atas nikmat kehidupan.
Kebenaran dan haq adalah daripada Allah swt.
Manakala kebatilan adalah daripada syaitan.
Apabila haq ditegakkan, kebatilan akan hancur.
Ini adalah janji Allah swt.
Oleh itu, ayuhlah kita tegakkan kebenaran dan haq.
Allahuakbar!
Sekian dulu, wassalam.
Wednesday, 3 October 2018
MATI MENGEJUT
Sejak dua menjak ini, menjadi tren manusia mati secara tiba-tiba.
Istilah mati mengejut jika menurut definisi Ustaz Dusuki ialah mati tanpa bertaubat.
Mungkin kita boleh berkata, dia mati secara tiba-tiba, dan bukan mati mengejut.
Semoga Allah swt memberikan hidayah kepada kita untuk terus mentaati-Nya.
6 anggota bomba lemas semata-mata ingin mencari seorang remaja yang telah lemas.
Seorang rakan sekerja mati kerana kesilapan pemandu lori di jalan raya.
Semua ini adalah taqdir walaupun kadang kala berat untuk kita terima.
Semoga Allah swt mengampuni sahabatku, Allahyarham Dr Hazreek, seorang sahabat yang baik.

Yayah....comel sokmo
seriusnya Muhammad.....
Saturday, 29 September 2018
Palu, Gempa bumi dan Tsunami
BEFORE
AFTER
Asam garam rumahtangga dan rencah kehidupan.
Sekejap OK, sekejap lagi tak OK.
Yang terkini, Sulawesi Indonesia dilanda gempa dan tsunami.
Marilah kita semua bertaubat dari dosa-dosa kita.
Yakinlah wahai semua, ini adalah amaran daripada Allah SWT lantaran kesilapan kita.
Ayuh kita tunaikan Solat Taubat.
Sekian dulu, wassalam.
Tuesday, 25 September 2018
Ujian kehidupan
Hidup ini sentiasa diuji.
Sekejap di atas dan sekejap di bawah.
Inilah roda kehidupan.
selamat menjalani ujian kepada semua.
Sekejap di atas dan sekejap di bawah.
Inilah roda kehidupan.
selamat menjalani ujian kepada semua.
Sunday, 23 September 2018
Dah setahun lebih anak Ayah
Alhamdulillah sihat dan cergas anak ayah dan Umi.
Cepat masa berlalu.
Segala keperitan dan dugaan dihadapi bersama.
Allah swt hadiahkan seorang permata hati, cinta hati.
Semoga terus berada dalam keadaan sihat wal afiat.
Sunday, 16 September 2018
Florence dan Mangkhut
In action...
Mohd Akif.
Pernah dengar ke nama tajuk blog arini?
Nama Puting beliung dan taufan yang melanda USA dan Asia Tenggara.
Berlaku kerosakan harta benda dan korban nyawa.
Kesian melihat mangsa.
Semoga diberikan kekuatan.
Inilah amaran drpd Allah SWT untuk hamba-hambaNya.
Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar.
Wallahu a'lam.
Monday, 3 September 2018
Tayar Baru
Salam
Pagi td pergi ke kedai tayar utk buat Alignment dan Balancing.
Bila tayar dicabut, tayar belakang sudah nampak benang.
Masha Allah, Tabarakallah.
Allah SWT selamatkan keluargaku dan aku dari musibah.
Sangat berbahaya bila tayar makan sebelah ni, kita tak perasan.
Syukur kpd Allah menggerakkan hatiku utk ke kedai tayar.

Sunday, 26 August 2018
Idul Adha 1439
Alhamdulillah raya haji tahun ini sangat meriah.
Berbagai-bagai juadah disediakan untuk tetamu.
Asam cicah perut, sup gearbox, singgang daging, daging goreng dan mcm2 lagi.
Banyaknya nikmat Allah swt, syukur Alhamdulillah.
Semoga kita sentiasa berada dalam ketaatan.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, 15 August 2018
Sunday, 12 August 2018
Zulhijjah 1439
sedapnya Ruqayyah makan....
Fadilat OKU
Ini makan ke apa?
Dah besar anak ayah....
Syukur Alhamdulillah.
Banyak sungguh Nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Semoga Zulhijjah ini lebih baik dari tahun lepas.
Selamat menunaikan Haji dan Ibadah Qurban.
Sekian dulu, wassalam.
Monday, 4 June 2018
Kemelut dalam negara VS kemelut dalam diri
Salam Alaik
Ujian untuk rakyat Malaysia.
Setelah berakhirnya PRU ke 14, ada kerajaan baru.
Diterajui oleh orang lama (PM tertua di dunia) dan terlalu banyak isu.
Sekarang isu pelantikan AG baru yang aku pun tak berapa nak setuju.
Walaupun aku bukan ahli dalam perundangan dan pentadbiran negara tetapi aku sentiasa menyokong yang benar.
Aku rasa YDPA dan Raja-raja Melayu lebih teliti dalam perkara ini.
Nama yang dicalonkan oleh PM ke 7 patut ditukar kepada orang lain.
Ini kemelut dalam Malaysia.
Bagaimana kemelut dalam diri kita?
Berlawan dengan nafsu dan syaitan.
Semoga diberi kekuatan untuk memenanginya.
Amin ya Rabbal Aalamin.

JOM TENGOK PICS ARNAB, HILANGKAN STRES...SUATU TERAPI.
Subscribe to:
Posts (Atom)