Wednesday, 27 December 2017

Januari 2016

Salam semua,

3 hari lagi akan menjelangnya 2018.
Pada 18 Januari ini, genaplah 2 tahun ibu mertuaku meninggal dunia.
Sekejap sangat masa berlalu tanpa kusedari berakhirnya 2017.
18 Januari 2016 menyaksikan ibu mertuaku pergi meninggalkan kami selama-lamanya.
Arwah Umi adalah seorang yang sangat kuat dan tabah.
Beliau menyara keluarga, dengan bantuan yang sangat minima dari Abah.
Pergi ke pasar sendirian.
Kadang-kala pergi ziarah ke rumah anak pun berseorangan.
Abah sibuk dengan urusan sendiri.
Tetapi Arwah Umi redha dan berlapang dada.
Sekarang pun Abah dah bernikah baru, tidak sampai setahun selepas kematian Umi.
Abah dan Mama suka bermesra depan anak menantu.
Aku pun tak tau apa tujuan Abah berbuat demikian.
Bagi aku, cukuplah agar Abah berbahagia dan sihat.
Aku sering menasihati isteri aku agar rawat hati sendiri daripada dengki kepada Mama.
Pujuklah hati sendiri agar gembira melihat kemesraan Abah dan Mama.
Mungkin hal ini memerlukan sedikit masa.
Semoga Allah SWT memudahkan segalanya.
Amin ya Rabbal Alamin.

 Mamam....



 Snow...



 Pak Jo...



Anak-anak Pak Jo dan Snow.

Tuesday, 26 December 2017

Disember 2017

 En. Shakir sedang menikmati Sate Jamal Kg. Melayu Simpang Renggam.


 Seriusnya Muaz.


 Uthman sedang makan late Supper.


 1 Malaysia.....NEGARAKU.


 Khusyuk...


 Netherland Dwarf (ND) Rudy.


 Bobo...ND Wooley.


 Berapa RM ni?


 Anak2 Jojo n Bobo.


 Anak ND n Lala.


 Sukanya....


Comelnya...


Salam semua...
Sibuk sungguh bulan ini...dan juga November.
Pusing satu Malaysia.
Travel ke Langkawi n Pantai Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Menikmati cuti sekolah bersama anak2.
Harapnya Januari 2018 lebih baik daripada Dis 2017.
Setiap bulan, semakin baik.
Harapnya begitu.
Mudah-mudahan.
Sekian dahulu.
Wassalam.

Friday, 8 December 2017

Baitul Maqdis dijadikan ibu negara Israel?

Salam Jumaat

Sempena bulan Maulid, banyak ceramah diadakan.
Alhamdulillah syukur dengan nikmat drpd Allah SWT.
Di PWTC, ahli UMNO berhimpun sempena PAU 2017.
Selepas solat Jumaat tadi, diadakan demontrasi aman di hadapan kedutaan USA.

Ini disebabkan pengistiharan oleh Presiden USA berkenaan ibu negara Israel.
Seluruh umat Islam mengecam tindakan ini.
Persoalannya, apa tindakan kita sebagai umat Islam?
Sejauh manakah sensitiviti kita terhadap kota suci umat Islam yang ketiga, baitul Maqdis.
Bersedialah semua untuk bertindak.
Jangan ragu dengan janji Allah SWT.
Allahu Akbar!!!

Wednesday, 29 November 2017

LANGKAWI ISLAND 2017

 Arrival time: 16:00, from KUL. @ 24/11/2017












Going back by 27/11/2017...Total Spending...RM3000 for 4 persons, 4 days 3 nights.
BT PHT-KL (DRIVING), KUL-LKWI (AIR)

Monday, 20 November 2017

Jalan Hidup Fitrah

Salam semua,
Disajikan satu ceramah yg sangat baik oleh al_fadhil Ustaz Dusuki Ab Rani.
Selamat mendengar....


Sekian dahulu,
Wassalam.

Monday, 13 November 2017

13/11/2017

Salam

Pada 13/11 yg lalu, arnab saya, Lala dan Jojo telah melahirkan 3 ekor anak masing-masing.
Jadi sekarang ada 6 bunnies yang perlu diuruskan.
Industri arnab ada pasang surutnya.
Marketing plan perlu mantap untuk memastikan semua arnab dapat dijual.
Nikmatilah gambar2 anak arnab di rumah saya.
Sekian, terima kasih.









Lolo bersama anaknya.


 Rudy berposing.


 Rudy on red mat.


 Lolo and the gang.


 Lala sedang menyusukan anaknya.


 Anak-anak JoJo.




Rudy yang comel.

Tuesday, 7 November 2017

8/11/2017

Salam
Esok adalah 9/11....terbalik dengan tarikh 11 / 9...masih teringat peristiwa pada tahun 2001.
Pada masa itu aku masih belajar di utara tanah air.
Berkali-kali aku menonton klip video, kapal terbang merempuh bangunan World Trade Center, NY.
Seperti dalam filem.
Kemudian, orang Islam dipersalahkan, Taliban diperangi sehingga Afghanistan dijajah oleh tentera US dan sekutunya.
Semua orang Islam hanya mampu melihat.  Tidak mampu berbuat apa-apa melihat negara Islam lain dicerobohi.
Inilah realiti keadaan kita.
Kita ramai, tetapi tiada kekuatan.
Kita perlukan bantuan Allah untuk menang seperti para sahabat r.hum.
Oleh itu, Iman dan Amal kita mesti dibetulkan sebagaimana amalan para sahabat r.hum.
Marilah kita bersama-sama meningkatkan Iman dan Amal kita.
Sesungguhnya, inilah bekalan kita menuju akhirat.
Pangkat, wang ringgit, sanak dan saudara akan ditinggalkan.
Inilah peneman kita di alam akhirat-Iman taqwa dan Amal Soleh.
Semoga kita sentiasa mendapat Taufiq dan Hidayah daripada Allah SWT.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Sekian dahulu, wassalam.



 Lala dan anak2 nya


 Sibuk di office


Jo dan Rudy sedang beristirehat

Saturday, 21 October 2017

Perkara yang lepas

Salam semua,

Hari ini sudah 1 Safar 1439.
Sudah sebulan tahun 1439 berlalu.
Banyak peristiwa buruk berlaku.
14 orang tertimbus di Penang.
MH1 berpatah balik ke London.
Hujan lebat hingga banjir di Sabah.
Panas terik di kawasan Johor.
Semua ini peringatan daripada Allah SWT.
Marilah kita momohon ampun dan bertaubat.
Sentiasa mengalirkan air mata mengenangkan dosa lampau.
Semua berlaku dengan izin Allah SWT.
Mintalah kepada Allah SWT.
Segala hajat kita samada kecil atau besar.
Hanya Dialah yang Maha Berkuasa.



 Panorama Gunung Lambak


 View dari Masjid Kg. Melayu Niyor.


 Subhanallah, indahnya alam ini.


 Lagi view gunung


 Budak2 kampung datang dengar Hadis


 Sahabat2 akhirat


 Penghulu


 Manisnya senyumanmu...


 Api di dunia....


JSJ- Jabatan Siasatan Jenayah.