3 hari lagi akan menjelangnya 2018.
Pada 18 Januari ini, genaplah 2 tahun ibu mertuaku meninggal dunia.
Sekejap sangat masa berlalu tanpa kusedari berakhirnya 2017.
18 Januari 2016 menyaksikan ibu mertuaku pergi meninggalkan kami selama-lamanya.
Arwah Umi adalah seorang yang sangat kuat dan tabah.
Beliau menyara keluarga, dengan bantuan yang sangat minima dari Abah.
Pergi ke pasar sendirian.
Kadang-kala pergi ziarah ke rumah anak pun berseorangan.
Abah sibuk dengan urusan sendiri.
Tetapi Arwah Umi redha dan berlapang dada.
Sekarang pun Abah dah bernikah baru, tidak sampai setahun selepas kematian Umi.
Abah dan Mama suka bermesra depan anak menantu.
Aku pun tak tau apa tujuan Abah berbuat demikian.
Bagi aku, cukuplah agar Abah berbahagia dan sihat.
Aku sering menasihati isteri aku agar rawat hati sendiri daripada dengki kepada Mama.
Pujuklah hati sendiri agar gembira melihat kemesraan Abah dan Mama.
Mungkin hal ini memerlukan sedikit masa.
Semoga Allah SWT memudahkan segalanya.
Amin ya Rabbal Alamin.
Mamam....
Snow...
Pak Jo...
Anak-anak Pak Jo dan Snow.




No comments:
Post a Comment