Saturday, 19 August 2017

SUKA MAKAN

Sarapan pagi dengan mewah dan tidak sihat.
Roti canai 2 keping dan nasi lauk sambal sotong+rendang daging.
Minum air teh O.
Sesuai dengan nafsu.
Tetapi tak bagus.
Dah mengantuk.
Dah seminggu x makan banyak.
Hari ini makan banyak.
Berasa tidak selesa.
Aduhai, malang nasib perutku hari ini.
Senaman tidak dibuat.
Bogatok.....
Jom ZZZ jappp.



Wednesday, 16 August 2017

Tafsirul Quran

Badan manusia hidup adalah kombinasi jasad dan roh.
Seorang yang tiada roh @ meninggal dunia akan dikuburkan @ ditanam.
Jasad dan roh kita memerlukan makanan untuk hidup.
Makanan bagi jasad adalah MAKANAN BERKHASIAT dan makanan bagi roh adalah AL QURAN.
Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk mempelajari Al-Quran dan memahaminya kerana ianya adalah perintah ALLAH.
Adalah sangat wajar untuk dikuburkan orang-orang yang tidak mahu mempelajari Quran serta degil keras kepala dengan ego bangga cinta dunia kerana rohnya sangat menderita.
Tiada satu ayat quran pun Allah SWT memuji dunia.
Allah swt sentiasa ajak hamba-Nya kepada syurga.
Kita juga akan menjadi saksi kepada Nabi2 dan Umat2 terdahulu.
Tetapi ini adalah untuk orang yang mempelajari, mendalami dan mengamalkan quran dalam kehidupannya.
Oleh yang demikian, marilah kita semua mempelajari al Quran sebelum datangnya maut.
Maut tidak mengenal mangsa, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya.
Tidak lewat dan cepat walaupun sesaat.
Sekian dahulu, wassalam.


KELAS DAURAH QURAN MAULANA HADI AKAN DIBUAT PADA 15 SYA'BAN SETIAP TAHUN DI MADRASAH LAK LOH, BESUT, TERENGGANU.  PERCUMA.


 Usia 60-70an pun masih menuntut ilmu, keluar di jalan Allah.



Proses pembelajaran secara  formal pada usia 5-6 tahun.

Tuesday, 8 August 2017

An-Nisa'

 Surah An-Nisa'.Ayat 34-37



Senang gunting rambut LELAKI



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.
Allah swt yang mencipta kita, langit, bumi serta sekalian makhluk di semua alam.
Posting kali ini berkenaan surah WANITA.
Indah serta kompleksnya wanita sehinggakan disertakan sebuah surah dalam al Quran.
Tiada surah Rijal (LELAKI) diwahyukan kpd Nabi Muhammad SAW.
Marilah kita menghormati dan menghargai WANITA dalam hidup kita.
WANITA yang paling hampir dan signifikan dengan kita ialah IBU kita.
Syurga kita di bawah tapak kaki ibu.
Ibu adalah 3 x lebih utama daripada ayah.
Hargailah Ibu anda sebelum dia meninggalkan kita.
Beruntung orang yang ibunya masih hidup.
Kerana maqbulnya doa seorang ibu kepada anak2nya.
Selama 9 bulan 10 hari kita dikendong ke sana sini oleh ibu kita.
Saya sendiri diberitahu oleh ibu, di bawa masuk ke Labour Room HKL kerana ibu saya kerja di situ.
Masha Allah.... Tabarakallah.
Semoga Allah swt memanjangkan umur IBU saya.
AMIIN.
Sekian dulu, wassalam.

Tuesday, 1 August 2017

bila umur mencecah 40 tahun...

Alhamdulillah, semoga zuriat menjadi anak soleh.



 Sempadan negeri, mana sempadan negeri akhirat?





jom makan free...



Kenapa umur 40?
Angka 40 adalah sangat signifikan dalam Islam.
Banyak kisah berkaitan 40 hari.
Tanyalah para ustaz dan ustazah anda.
Berbalik kepada tajuk kita... sangat penting untuk kita berubah pada umur 40 tahun.
Ke arah mana kecenderungan dan hala tuju kita?
Masih sibuk dengan dunia atau akhirat?
Umur 40 ni adalah bermulanya umur dewasa.
Selalunya manusia sedang berada di puncak kejayaan.
Maka seharusnya kita perlu lebih fokus kepada akhirat.
Selewat-lewatnya pada umur 40.
Jangan lebih.
Lagi awal lagi bagus.
Berdoalah///...ada doa utk 40 tahun...dalam al-quran Ayat ke-15, surah al-Ahqaf.
Semoga kita mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah swt.
Amin ya rabbal Alamin.