Tuesday, 8 August 2017

An-Nisa'

 Surah An-Nisa'.Ayat 34-37



Senang gunting rambut LELAKI



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.
Allah swt yang mencipta kita, langit, bumi serta sekalian makhluk di semua alam.
Posting kali ini berkenaan surah WANITA.
Indah serta kompleksnya wanita sehinggakan disertakan sebuah surah dalam al Quran.
Tiada surah Rijal (LELAKI) diwahyukan kpd Nabi Muhammad SAW.
Marilah kita menghormati dan menghargai WANITA dalam hidup kita.
WANITA yang paling hampir dan signifikan dengan kita ialah IBU kita.
Syurga kita di bawah tapak kaki ibu.
Ibu adalah 3 x lebih utama daripada ayah.
Hargailah Ibu anda sebelum dia meninggalkan kita.
Beruntung orang yang ibunya masih hidup.
Kerana maqbulnya doa seorang ibu kepada anak2nya.
Selama 9 bulan 10 hari kita dikendong ke sana sini oleh ibu kita.
Saya sendiri diberitahu oleh ibu, di bawa masuk ke Labour Room HKL kerana ibu saya kerja di situ.
Masha Allah.... Tabarakallah.
Semoga Allah swt memanjangkan umur IBU saya.
AMIIN.
Sekian dulu, wassalam.

No comments:

Post a Comment