Tuesday, 27 December 2016

perginya seorang pejuang agama-25-12-2016




Swimming Pool di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan.




Hj Kamarudin, shura/orang tanggungjawab usaha dakwah kawasan Besut telah meninggal dunia pada 25 Dis 2016.  Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati beliau.  Kata Ust Dusuki, kita patut menangis atas diri sendiri apabila menziarahi si mati, bukan menangisi kematiannya.  Orang yang mati telah menemui 3 perkara:

1)Malaikat Maut
2)Kesakitan mati
3)Alam akhirat, ke mana dia akan pergi samada Syurga atau neraka.

Sebaliknya kita masih leka, khayal dan asyik berbuat maksiat.  Musuh kita adalah syaitan.  Dan juga orang yang melawan hukum Allah.  Orang kafir...munafik...dan juga org Islam yg langgar hukum Allah secara jelas...Tidak solat, minum arak, berzina, wanita tidak tutup aurat dsbnya.

Semoga Allah swt memberikan hidayat kepada kita semua.Wallahu a'lam.

Tuesday, 20 December 2016

Preventive Maintenance

Salam semua,
Pernah dengar perkataan Preventive Maintenance (PM)?
Penyelenggaraan pencegahan sangat penting sebagai tindakan pro-aktif.
Gambar berikut adalah pembinaan madrasah, tiada kaitan dengan PM.
Sekian dulu, wassalam.









Sunday, 18 December 2016

Musim peperiksaan

Pelajar selepas musim peperiksaan....ENJOY.


 Kenduri kesyukuran


 Harga RM 1.80 di Parit Kasih, Senggarang


Tiada di pasaran bagi Negeri Johor.  Harga tertera adalah di pasaraya AEON Kota Bharu.



Musim peperiksaan tiba lagi.
Pelajar bersedia untuk dinilai.
Inilah hakikat kehidupan pelajar.
Pasti dinilai samada bersedia atau tidak.
Orang dewasa juga tidak suka untuk dinilai.
Tetapi hakikatnya kita semua akan dinilai.
Akan diberi balasan samada Syurga atau Neraka.
Kehidupan dunia adalah tempat untuk diuji.
Semuanya adalah ujian.
Kematian adalah pasti untuk kita.
Tiada sesiapa boleh tidak mati.
Bagi orang beriman, kematian itu bukan lagi ketakutan, tetapi sebuah kedamaian.
Kita hidup untuk mencorak saat kematian kita, maka corakkanlah peribadi yang indah saat kita berada di sini agar kematian kita menjadi husnul khatimah.
SEKIAN, Wassalam.

Tuesday, 13 December 2016

DOA NABI SAW

Doa Nabi SAW ketika menziarahi dan melalui kawasan perkuburan:

SALAM SEJAHTERA KEPADA KALIAN YANG MENEMPATI TEMPAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN INI.  JIKA ALLAH MENGKEHENDAKI, KAMI AKAN MENYUSUL KALIAN.

Orang kita kebanyakannya hanya menziarahi orang yang masih hidup.  Sedangkan orang yang di dalam kubur menunggu-nunggu kedatangan kita.  Ibu ayah kita yang di dalam kubur itu sedang menunggu-nunggu kedatangan kita di samping mereka, rindu mendengarkan bacaan ayat al-Quran dan doa dari kita untuk mereka.


sedutan buku karangan USTAZ AHMAD DUSUKI


 Bapakku menikah lagi...OMG.
  Menikah adalah sunnah, menjadi pengganti arwah ibuku

Tuesday, 29 November 2016

DUA KEMALANGAN DALAM MASA KURANG 24 JAM

SALAM SEMUA

Hari ini mood Traffic Safety Engineering.
2 nyawa tidak berdosa melayang di laluan F50 berjarak lebih kurang 2 KM sahaja.

Kes pertama:

Lokasi: sblm U-Turn depan Pejabat Pertanian (Sebelah stesen minyak BHP) Arah Ayer Hitam
Tarikh dan masa:28/11/2016 & 6.00 petang
Mangsa yang maut:wanita melayu berumur 50-an bermotosikal
Punca:Dilanggar dari arah belakang oleh SUV Subaru di pandu oleh lelaki cina di lorong kanan, diseret antara 50-100 meter, SUV disyaki dipandu laju, melebihi had laju.

Kes Kedua:

Loaksi:  Di hadapan pintu pagar utama UTHM, susur ke Ayer Hitam
Tarikh dan masa:29/11/2016 & 10.40 pagi
Mangsa yang maut:lelaki melayu berumur lewat 60-an bermotosikal
Punca:  Motosikal mengelak lubang, bergesel dengan lori pasir, arah yang sama menyebabkan mangsa digilis oleh lori tersebut.

Kesimpulan:

Kedua-dua mangsa adalah penunggang motosikal dan warga emas.  Motosikal kapcai dipandu perlahan sahaja oleh warga emas.  Faktor keadaan jalan raya juga merupakan faktor utama serta pemandu kereta serta lori tersebut yang tidak mengendahkan Vulnerable road users (VRU).  Pihak JKR perlu bertindak segera dengan membaiki jalan tersebut sebelum semakin ramai menjadi mayat di laluan FT050.  Undang-undang Qisas perlu diluluskan segera di Parlimen supaya pemandu kereta dan lori lebih menghormati VRU.

Sekian laporan saya.
Wassalam.

Saturday, 26 November 2016

PERJANJIAN YANG BERUBAH

Salam semua,

Kita akan memberi apabila kita dapat manfaat.
Tetapi, bagaimana jika kita dianiaya atau dizalimi.
Segala komunikasi sulit kita didedahkan supaya jatuhnya maruah kita.
Bagaimana perasaan kita?
Kita tentu marah bukan?
Begitulah yang dialami oleh saya.
Awalnya memang niat hadiah kerana orang itu harapan kita.
Tetapi orang itu kini telah mengkhianati dan menjadi musuh kita.
Memang tidak saya halalkan segala perbelanjaan / hutang kepadanya.
Berhati-hatilah bila berurusan dengan orang bermulut manis kerana inilah orang yang paling celaka pernah saya temui dalam hidup saya.
Mungkin dia tidak mahu membayar sekarang, tapi ingat, tidak aku halalkan dan kamu mati dalam keadaan berhutang.
Sangat azab untuk orang yang mati dalam keadaan berhutang.
Nauzubillah.
Sekian dahulu.

 BELAJAR ILMU UNTUK AKHIRAT


 BERHUTANGLAH BILA BELI BUAH INI...




 BAS APA?


 BLONDE...


 RAMAINYA ORANG...


 KERINTING...


 LURUS...


 KAPAL TERBANG APA NI?


 JOM....


PERGI SINGAPORE.


Thursday, 24 November 2016

BERHUTANG

Salam semua,

Anda pernah berhutang?
Atau memberi hutang?
Selesaikah perjanjian tersebut?Langsai..
Atau tak bayar sampai ke hari ini?Hangussss....
Inilah lumrah kehidupan.
Menganiaya atau dianiaya.
Pohonlah keampunan kepada Allah SWT.
Minta maaf kepada orang yang dizalimi.
Semoga kita mendapat Hidayah dan petunjuk daripada-Nya.
Amin ya Rabbal alamin.
Sekian, terima kasih.

 KENA TIPU


 TIPAH PUN TERTIPU


KUCING JUGAK BEST...TIADA HUTANG


JOM....


UBER N GRABCAR


KERETA BARU?HUTANG LAGI...


 TEST DRIVE


PEMANDU...


INFO

Wednesday, 23 November 2016

BAJET KE KOREA

Salam

Ingin ke Korea?
Banyak tempat menarik di sana.
Belanja pun agak murah jika dibandingkan dengan Jepun.
Promosi menarik untuk pelancong.
Penerbangan AirAsia terus ke Incheon juga disediakan.
Ayuh ke Korea kita.
JOM...