Sunday, 29 May 2016

Subhanallah

Maha Suci Allah.
Segala Puji bagi Allah.
Allah Maha Besar.
Ini adalah kalimah zikir.
Zikir harian yang disarankan.
100x setiap pagi dan petang.
Lepas subuh dan asar.
marilah kita basahi lidah kita dengan Zikrullah.
Semua azam untuk meningkatkan amal bersempena Ramadhan yang semakin hampir,
Seminggu lagi kita akan memulakan Solat Tarawikh dan berpuasa.
Semuanya Allah yang punya...


Wednesday, 25 May 2016

Marhaban ya Ramadhan

Salam semua,

Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk bernafas.
Tarikh kalendar hijriah telah melebihi 15 Syaaban.
Nampaknya semua kita memiliki buku catatan amal yang baru.
Diharapkan agar buku tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.
Yakinlah setiap perbuatan kita dicatatkan oleh Malaikat Kiroman Katibin.
Malaikat yang ditugaskan untuk mencatatkan setiap perbuatan baik dan buruk.
Tidak akan tersilap atau terleka.
Setiap saat CCTV berfungsi.
Tiada istilah kerosakan teknikal atau alat perlu di OFF untuk diservis.

6 Jun 2016=1 Ramadhan 1437.
Maknanya, 5/6 sudah bermula sunat tarawikh.
Hendaklah kita berazam untuk menunaikan tarawikh pada malam pertama sehinggalah malam terakhir.
Siangnya pula berpuasa mengikut syarak dan adab.
Bukannya terdiri daripada golongan yang berpuasa sekadar tidak makan dan minum, hanya letih yang diperolehi tanpa pahala.
Marilah kita ulangkaji adab-adab berpuasa.
Tinggalkan yang sia-sia.
Jaga mata, mulut dan pendengaran.
Banyakkan baca al-quran, paling kurang dapat khatam sekali sewaktu Ramadhan ini.
Banyak lagi amalan yang boleh dibuat.
Bermuzakarahlah dengan ustaz dan ustazah di tempat kita.
Semoga semua ini bermanfaat.
Marhaban ya Ramadhan.
Sekian, wassalam.

Monday, 9 May 2016

CUACA PANAS DAN PERANAN KITA SEBAGAI ORANG ISLAM

Salam semua,

Cuaca panas yang melanda kita sudah hampir 3 bulan berlalu.
Alhamdulillah hujan sudah mulai turun walaupun bukan setiap hari.
Pembenihan awan dibuat dengan kos yang tinggi.
Namun tidak semua mampu membentuk awan yang menyebabkan hujan.
Betapa bernilainya setitik hujan kepada kita.
Dan menunjukkan betapa mahalnya Nikmat hujan yang Allah swt berikan kepada kita secara percuma.
Kadangkala kita terlupa dan terleka.
Dalam suasana ini, saya menyeru kepada diri sendiri dan semua pembaca agar memperbanyakkan istighfar.
Berhentilah melakukan maksiat.
Terutamanya yang melakukan maksiat secara terang-terangan tanpa segan silu.
Contohnya?Tidak mahu solat, tidak menutup aurat dan sebagainya.
Sedih melihat keadaan orang Islam hari ini.
Kesan maksiat kita, binatang yang tidak berdosa pun menderita.
Kita ni patutlah kena tanggung panas sekarang atas sebab banyaknya dosa kita.
Masing-masing muhasabah diri sendiri.
Marilah kita semua beristighfar.
Ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
Semoga Allah terima taubat kita dan mengampuni kita.
Sekian dahulu, semoga bermanfaat.
Wassalam.

Nota kaki:  Kurang sebulan akan datangnya Ramadhan.  Apakah persiapan kita?

Thursday, 5 May 2016

ANAK MEWAH VS ANAK FAKIR MISKIN

Salam Jumaat,

Beruntung seorang anak dilahirkan dalam keluarga orang kaya, hidup secara mewah.
Seorang lagi dibesarkan dalam keluarga miskin, kais pagi makan pagi.
Walaupun demikian, tarbiahnya adalah berbeza.
Si anak miskin akan rajin belajar.
Tidak ramai kawan lantaran kemiskinannya.
Si anak kaya asyik dengan kemewahan.
Dikelilingi rakan yang ingin menumpang tuah.
Sering kita lihat orang susah akan berjaya akhirnya.
Sebaliknya, si anak yang hidup dengan kemewahan akan kecundang.
Banyak kisah masyarakat yang boleh dijadikan teladan.
Persoalannya di sini, siapakah kita?
Bagaimana kita mendidik anak-anak kita?
Hidup dalam kemewahan adalah seperti raja-raja.
Hidup dalam kemiskinan adalah seperti kebanyakan nabi-nabi dan mereka yang hampir dengan Allah swt.
Semoga Allah swt memberikan hidayah kepada kita semua.
Amin ya Rabbal Alamin.