Sunday, 30 December 2012

31 DISEMBER 2012

Salam Semua,

Diharapkan semua berbahagia....
Berakhirnya 2012 dengan penuh suka dan duka.
2013 bakal menjelang tiba.
Pastikan tahun depan lebih baik daripada tahun ini.
Rancanglah kehidupan untuk mendapat perkara yang baik-baik.
Semoga perkara itu lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya.
Wallahu a'lam.

Thursday, 20 December 2012

20-12-2012

Salam semua,

Nampaknya tahun 2012 banyak melibatkan angka atau nombor yang menarik, menarik bukan?

Walau bagaimanapun, langsung tiada kaitan dengan perkara baik atau berkat kecuali apa yang telah difirmankan oleh-Nya dan disabdakan oleh Rasul-Nya.

Sekian dahulu,

Ahli AKRAB UTHM siri 5
Sempena graduasi AKRAB se-Malaysia kali ke-8 pada 20-12-2012 di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

Saturday, 28 July 2012

8 Ramadhan 1433

Salam semua,

Hari ini sudah menghampiri 10 hari ataupun mengakhiri fasa 10 hari awal Ramadhan, semoga semua kita mendapat Rahmat.

Fasa 10 hari kedua merupakan sesi pengampunan dosa, alangkah banyaknya dosa kita kan, Maha Pengampunnya Allah SWT.

Sekiaan dahulu, ingin mendapatkan murtabak tersedap Parit Raja yang diberitahu oleh orang lama, Che Mat.

Selamat berpuasa, berbuka puasa dan beribadat!!!

Tuesday, 24 July 2012

PhD

Ahli akademik digalakkan aka diwajibkan untuk mendapatkannya.

Orang awam sekarang kebanyakan dah tahu apa itu PhD.

Kita seharusnya kena tahu apa maksud kita mendapatkan PhD, untuk apa dan kerana apa?

Semoga semua orang seluruh dunia yang sedang berusaha mendapatkan PhD tahu dan jelas dengan 3 soalan tadi.

Sekian dulu...

24 Julai 2012

Penulisan... sesuatu yang unik.

Penulisan merupakan suatu elemen penting bagi golongan akademia.  Penulisan yang bagus mampu memberi peluang untuk menembusi jurnal berimpak tinggi yang disegani. 

Mampu menaikkan ranking universiti.  Seluruh ahli akademik dikerah untuk menulis.

Pena merupakan senjata bagi golongan akademia dalam menuntut kebenaran.

Sekarang aku juga perlu belajar untuk menghasilkan penulisan yang baik.

Aku juga perlu berazam untuk lebih rajin menulis supaya dapat menjadi penulis yang baik.

Sekian dahulu, selamat menulis dan juga membaca... membaca penulisan yang baik untuk dicontohi dan bukannya diplagiat.

Tak malukah kita meniru penulisan yang bagus milik orang lain dan mengaku itu adalah hasil kerja kita.

Memalukan bukan?
salam..  3.30 pm.. 4 Ramadhan (minggu ke 30 tahun 2012).

Sunday, 27 May 2012

Mei - Jun 2012

Sudah hampir setengah tahun berlalu...2012, tahun kejayaan untuk ACPLSC...
Banyak peristiwa penting berlalu.
Yang paling penting, semua ujian ini mendekatkan diri kita kepada Rabb.

Monday, 27 February 2012

Perkara paling pasti

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Pembaca budiman,

Apakah perkara paling pasti?  Penulis merasakan ramai yang tahu.  Terlalu banyak penulis melihat / mendengar berita tentang kematian dalam seminggu dua ini.  Pada dua minggu yang lepas, penulis sendiri terserempak dengan kemalangan maut yang baru berlaku di mana mayat masih berada dalam kereta.  Mengerikan.

Jumaat lepas (17/2) dikejutkan lagi dengan berita kemalangan maut di jalan utama di hadapan kampus yang melibatkan seorang warga emas.  Jumaat yang terbaru (24/2), seorang kawan menceritakan kemalangan maut berlaku di hadapannya yang menyebabkan dua kematian.  Beliau menceritakan bagaimana beliau membantu mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal.  Dan yang terbaru, kenalan baik bapa juga sebaya dengan bapa saya (64 tahun), yang saya kenal meninggal dunia pada pagi Ahad (26/2).  Semoga Allah swt mencucuri Rahmat-Nya dan mengampuni arwah.  Arwah adalah seorang yang amat disenangi dan seorang yang peramah.

Semua perkara yang berlaku perlu diambil oleh penulis bahawa, maut pasti datang, sudah tertulis di Luh Mahfuz, tidak lambat dan cepat walaupun sesaat.  Didapati semua insiden di atas adalah kematian mengejut (sudden death), tiada sakit atau petanda, cuma yang membezakan ialah keadaan akhir arwah.  Penulis ingin berkongsi mengenai kenalan baik bapa.  Beliau merupakan karkun (Deen Worker) dan banyak berkhidmat kepada ayahnya yang telah uzur.  Pada pagi Ahad, beliau bangun awal dan ke surau berhampiran rumahnya.  Beliau pulang ke rumah setelah berasa tidak sedap badan dan meminta isterinya menyapu minyak angin.  Setelah berasa agak lega, beliau kembali ke surau untuk azan Subuh dan sewaktu mengambil wudhuk, beliau telah rebah dan meninggal dunia.  Cantik bentuk kematiannya, dalam usaha untuk menyucikan diri dan melaungkan azan serta menunaikan Solah Subuh.  Semoga Allah swt menerima niatnya dan meletakkan rohnya dia kalangan orang2 yang soleh.

Sesungguhnya kita akan dibangkitkan di Mahsyar sebagaimana keadaan kita dimatikan.  Marilah kita memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan Husnul Khaatimah, mengucap kalimah Syahadah dan Allah Mengasihani kita, bukan untuk pengiktirafan manusia, tetapi pengikitirafan Allah, menggembirakan Allah swt.  Beruntunglah untuk orang yang Iman Taqwa dan Beramal Soleh, inilah orang yang akan diMULIAKAN oleh Allah swt.  Wallahu a'lam.

Thursday, 16 February 2012

Irritating statement

Salam semua,

Tajuk inggeris?  Isi kandungan dalam bahasa melayu.  Cuba korang baca penyataan ini:

ALLAH AKAN TANYA KITA, KENAPA KITA TIDAK MEMILIH PEMIMPIN, KENAPA KITA TIDAK MENDAFTAR MENGUNDI.  MAKA, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDAFTAR MENJADI PENGUNDI.

Hadith palsu akhir zaman?  Apa pandangan korang.  Aku terkejut baca 'statement' ini, banner dalam web page utusan malaysia.  Sapa yang cakap? Imam muda - Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.

Yang jelas dan nyata, Allah akan tanya beberapa soalan dalam kubur dan alam akhirat.

Siapa Rabb kamu?  Allah
Siapa Nabi kamu? Muhammad SAW
Apa agama kamu? Islam
Siapa saudara kamu? Org islam

4 Perkara akan ditanya di mahsyar

Bagaimana kamu habiskan usia kamu?
Bagaimana kamu habiskan usia muda kamu?
Dimana kamu dapatkan harta dan bagaimana kamu belanjakan?
Apakah kamu amal apa yang kamu tahu?

Aku tak pasti betulkah statement ini dikeluarkan oleh Imam Muda atau dieksploitasi oleh pihak lain.  Memang aku tak nampak suatu yang haq daripada penyataan ini, jauh menyimpang apa yang aku dok belajar....

Dunia akhir zaman, hari2 gempa bumi, manusia dah mcm binatang, berzina tepi jalan, orang zalim @ fasiq di puja, orang alim@ buat usaha yang haq dihina, hamba lahirkan tuan, etc.....

Ayuhlah sahabat2ku, tingkatkan IMAN TAQWA kpd ALLAH, melalui jalan MUJAHADAH cara DAKWAH nabi SAW.... beruntung untuk org IMAN TAQWA & AMAL SOLEH, dijanjikan SYURGA oleh ALLAH SWT...Wallahu a'lam.

Monday, 13 February 2012

14 Februari 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Apa kaitan dengan tajuk 'entry' kali ini?  Tiada istimewa pada tarikh tersebut, cuma ditakdirkan pada tahun ini, ia jatuh dalam Bulan Rabiul Awal, bulan kelahiran dan juga kewafatan Nabi SAW.  Kelahiran Nabi SAW adalah suatu rahmat untuk seluruh alam dan kewafatan baginda SAW juga adalah suatu musibah besar untuk kita.  Mari kita bersama-sama berselawat kepada Nabi SAW.

Aku ingin berkongsi cerita dengan pembaca mengenai 'Wak Selamat - Tukang Urut Retro'.  Semalam, sahabat baikku, Ab. Jalil sudi menemani aku pergi mengurut di Kg.  Baru untuk sesi ke-2.  Sekali lagi berjumpa dengan orang kampungku di rumah Wak Selamat, seperti 2 minggu sebelumnya, turut menemui orang kampungku di rumah yang sama.  Pada telahanku, Wak Selamat ini mempunyai 'ranking' yang agak tinggi di kalangan tukang urut profesional kerana pelanggan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mengurut.

Seperti biasa, kami akan bersembang @ ngobrol untuk menghilangkan kebosanan sewaktu menunggu giliran.  Aku bertanya kepada Wak Selamat, "Boleh tak saya mempelajari ilmu mengurut?"  Beliau memberi reaksi positif tetapi memberi beberapa syarat.  Syarat yang pertama ialah:

Perlu berpuasa sehari semalam, dan pada malam itu, perlu berjaga sehingga ke subuh, berjalan sambil berzikir kpd. Allah menyusuri jalan dalam kampung, tidak boleh terkena cahaya, sekiranya terkena akan dikira batal.

Ini baru syarat pertama.  Fuhhh... belum lagi syarat seterusnya.  Aku cakap kat Wak Selamat, BELUM CUBA BELUM TAHU....HEHE.

Dipendekkan cerita, aku diurut pukul 11 ++ malam, selesai jam 11.45 malam.  Sesi berikutnya adalah sebulan selepas ini.  (kena 3 kali jugak, macam 3 hari setiap bulan aje)  Niat nak minum dulu tetapi telah lewat malam menyebabkan ditangguhkan dulu niat ini ke malam esok, Insya Allah.

MORAL OF STORY

Lumrahnya, setiap perkara yang diinginkan sememangnya memerlukan pengorbanan jiwa dan raga.  Ingin menjadi tukang urat juga memerlukan susah-payah.  Bagaimana dengan pengorbanan yang dituntut untuk mendapatkan syurga Allah SWT?  Renungkanlah serta hayatilah pengorbanan para sahabat r.hum dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.  Terlalu jauh jika dibandingkan dengan keadaan kehidupan kita pada hari ini yang penuh dengan kemewahan dan langsung tidak mahu bersusah-payah dalam perkara Agama.  Alangkah jauhnya kita terpesong dari kehidupan Nabi SAW.  Renung-renungkanlah wahai pembaca budiman.  Ayuhlah kita beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.  Semoga kita semua dirahmati dan dikasihani oleh Allah SWT.  Amin.

Tuesday, 17 January 2012

PEPERIKSAAN AKHIR

Salam semua,

Sekarang merupakan minggu terakhir pelajar menduduki peperiksaan akhir.  Selamat menjawab ya.. semoga menjadi insan yang mempunyai nilai, bukan kepandaian yang kosong dengan nilai akhirnya rebah tersungkur.

Saya menjadi pengawas peperiksaan pada Isnin yang lepas.  Saya ditugaskan mengawas pelajar sendiri menjawab soalan yang kami buat.  Didapati ramai pelajar saya siap awal dan keluar awal dari Dewan.  Malangnya saya terlupa untuk membuat sedikit tanda di skrip jawapan pelajar yang keluar awal.  Tidak pasti samada pelajar dapat menjawab dengan baik atau sebaliknya.  Maaf ya, saya tidak dapat membantu kamu dalam Dewan kerana masa untuk memberi tunjuk ajar sudah berakhir.  Tunggulah keputusan yang akan diumumkan.

Selepas ini pelajar akan bercuti selama 4 minggu dan akan memulakan semester berikutnya pada 20 Februari 2012.  Selamat bercuti kepada semua pelajar, semoga memanfaatkan masa luang anda.

Monday, 2 January 2012

Presentation @ FAB

Salam semua,

Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat wal-afiat dan sentiasa dalam keredhaan-Nya.

Kurang seminggu, aku akan mempersembahkan hasil kerja penyelidikanku selama satu semester di UTM pada Isnin depan.  Minggu lepas, pelajar2 aku yang present, minggu depan cikgu dia la pulakk...adoiii... kena sebijik...

Sekarang dah hampir zohor, selepas ni nak kena jaga peperiksaan akhir sem I 11/12.  Harap2 dapat selesai awal, dapat solah asar berjemaah di awal waktu.  Jadi pembantu ketua pengawas menggantikan isteri, dia sedia menggantikan aku 2 kali, Terima kasih isteriku...Jazakallah, semoga Allah memberkati dan merahmati kamu.

Semalam pergi bayar zakat utk tahun 2011, Alhamdulillah dapat hidayat utk menunaikan perintah-Nya.

2 orang syura telah meninggal dunia pada Disember yang lepas.  Semoga Allah swt mengampuni dan merahmati mereka serta meletakkan mereka di kalangan orang2 yang Soleh.

Oklah, dah dekat masuk zohor, jom ke masjid.... Semoga tahun 2012 menjadi lebih baik dari tahun lepas (Dunia & Akhirat)... :o)