Penulisan... sesuatu yang unik.
Penulisan merupakan suatu elemen penting bagi golongan akademia. Penulisan yang bagus mampu memberi peluang untuk menembusi jurnal berimpak tinggi yang disegani.
Mampu menaikkan ranking universiti. Seluruh ahli akademik dikerah untuk menulis.
Pena merupakan senjata bagi golongan akademia dalam menuntut kebenaran.
Sekarang aku juga perlu belajar untuk menghasilkan penulisan yang baik.
Aku juga perlu berazam untuk lebih rajin menulis supaya dapat menjadi penulis yang baik.
Sekian dahulu, selamat menulis dan juga membaca... membaca penulisan yang baik untuk dicontohi dan bukannya diplagiat.
Tak malukah kita meniru penulisan yang bagus milik orang lain dan mengaku itu adalah hasil kerja kita.
Memalukan bukan?
salam.. 3.30 pm.. 4 Ramadhan (minggu ke 30 tahun 2012).
No comments:
Post a Comment