Wednesday, 28 August 2019

1 Muharram 1441

Ahad ini merupakan cuti umum seluruh negara bersempena dengan tahun baru Islam.
Sabtu pula adalah 31 Ogos, sambutan hari merdeka, Independence Day.
Keluarga dan aku pula berada di perantauan, makan angin di utara.
Semoga dapat selamat kembali ke Johor pada 31 / 8 / 2019.
Sekian dahulu, wassalam.

Monday, 12 August 2019

40 hari hampir berlalu

Salam,

Baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Qurban 1440./2019.
Nampaknya para Jemaah Haji sedang berkumpul di Mina untuk melontar di Jamrat.
18/8 ini merupakan penerbangan pulang ke tanah air untuk KT1.
Insha Allah ibu bapaku akan tiba di tanah air pada 20/8 ini.
Betapa rindunya aku untuk menatap wajah kedua ibu bapaku ini.
Wajah yang semakin menua dan fizikal yang semakin lemah.
Ya Allah, panjangkanlah umur mereka untuk aku dapat berkhidmat kepada mereka.
Amin Ya Rabbal alamin.







Monday, 5 August 2019

Aidul Adha 1440

Kenangan 10 tahun lalu ketika mengerjakan Ibadat Haji kembali segar.
Masih segar dalam ingatan, KT50.... Maktab 78.selama 52 hari di Tanah Suci.
Tahun ini, alhamdulillah ibu bapa saya berpeluang menjejakkan kaki ke sana setelah mengerjakan haji 20 tahun yang lalu (1999).
Semoga mereka dan saya memperolehi Haji Mabrur.
Tiada ganjaran yang setimpal untuk Haji Mabrur melainkan Syurga.
Allahu..aku rindu kepada-Mu.
Sekian dulu...Selamat menunaikan ibadat haji kepada para Duyufurrahman.
Dan juga selamat menyambut raya Aidhul Adha dalam suasana ketaqwaan.
sekian dahulu, wassalam.