Wednesday, 17 August 2016

Program bulanan

Salam semua,

Bagaimana dengan motivasi kendiri?
Tahap bekerja, beramal dan sebagainya?
Tepuk dada, tanya selera.
Pasti turun dan naik.
Oleh itu, sangat penting untuk kita hadirkan diri dalam program motivasi.
untuk menghidupkan hati yang mati, jiwa yang lesu.
Perlu bersemangat dalam mengharungi kehidupan ini.
Jom, sertai saya dalam kursus bulanan.RM 30 sahaja.
Pakej 3 hari, 3 malam.
Lelaki saja.
PM saya kepada yang berminat.
Sekian.





Tebang pokok kelapa guna kren...  Terbaik En. Amat.

Monday, 15 August 2016

Ujian Subjek

SELAMAT MENJAWAB.....

Ujian bagi para pelajar.
Sejam setengah sahaja.
Penilaian tahap kedua.
Minggu depan adalah peperiksaan akhir.
Senang sahaja.
Soalan telah diberikan sebelum ini.
Tetapi nampak macam terkial-kial juga.
Tunggulah jawapannya nanti.
Inilah lumrah kehidupan.
Kehidupan adalah ujian.
Akhirat tempat menuai hasil.
Jangan angkuh tatkala berbicara.
Jangan cepat melenting bila di uji.
Bersamalah kita mengharungi ujian dunia ini.
Semoga semua berjaya.
Terutama kepada pelajar-pelajar saya.
Sekian dahulu,
wassalam.

 TOYOTA APA?


NISSAN CEFIRO?

Rabbit di kampung

Salam semua,



just nak share pics n vid rabbits.

Saturday, 13 August 2016

SIFAT SUAMI YANG BAIK

Salam semua.

Pagi ini terasa ingin berbicara mengenai suami mithali.
Suami yang memberikan teladan yang baik.
Penyayang tetapi tegas.
Tegas apabila isteri melanggar hukum Allah.
Tetapi penyayang dalam memberikan teguran.
Teguran yang membina sahsiah.
Hari ini ramai suami dayus.
Bila membiarkan isteri mendedahkan aurat,
Kononnya itu adalah kebebasan individu.
Kebebasan yang disalah ertikan.
Kebebasan yang sebenar adalah apabila bebas daripada neraka.
Wahai suami, tegaslah dalam mendidik isteri dan anak-anak.
Sabar merupakan elemen utama.
Mereka ini adalah tanggungjawabmu.
Walau bagaimanapun, sifat penyayang perlu disemai.
Supaya mereka dapat menerima teguranmu.
Selamat menjadi suami mithali, wahai lelaki.
Wassalam.

Wednesday, 10 August 2016

Bulan Haji

Sempena bulan haji-Zulkaedah dan Zulkaedah..marilah kita belajar ilmu haji.
Carilah guru yang murshid untuk dijadikan pedoman.
Semua yang baligh haru belajar mengenai haji.
Selamat belajar.
Sekian dahulu, wassalam.

salam Zulkaedah

Umat Islam mulai memasuki kota suci Mekah dan Madinah.
Bermulanya musim Haji.
Ibadat Haji adalah Fardhu kepada setiap orang Islam.
Tiada pengecualian.
Kecuali kepada yang tidak berkemampuan.
Mohonlah kepada Allah, agar dipilih untuk mengerjakan Haji.
Dan juga agar menerima haji yang dikerjakan.
Ganjaran Haji Mabrur adalah syurga.
Sekian dulu,
Selamat menunaikan Haji kepada semua Umat Islam.
Wasslam.