Wednesday, 27 December 2017

Januari 2016

Salam semua,

3 hari lagi akan menjelangnya 2018.
Pada 18 Januari ini, genaplah 2 tahun ibu mertuaku meninggal dunia.
Sekejap sangat masa berlalu tanpa kusedari berakhirnya 2017.
18 Januari 2016 menyaksikan ibu mertuaku pergi meninggalkan kami selama-lamanya.
Arwah Umi adalah seorang yang sangat kuat dan tabah.
Beliau menyara keluarga, dengan bantuan yang sangat minima dari Abah.
Pergi ke pasar sendirian.
Kadang-kala pergi ziarah ke rumah anak pun berseorangan.
Abah sibuk dengan urusan sendiri.
Tetapi Arwah Umi redha dan berlapang dada.
Sekarang pun Abah dah bernikah baru, tidak sampai setahun selepas kematian Umi.
Abah dan Mama suka bermesra depan anak menantu.
Aku pun tak tau apa tujuan Abah berbuat demikian.
Bagi aku, cukuplah agar Abah berbahagia dan sihat.
Aku sering menasihati isteri aku agar rawat hati sendiri daripada dengki kepada Mama.
Pujuklah hati sendiri agar gembira melihat kemesraan Abah dan Mama.
Mungkin hal ini memerlukan sedikit masa.
Semoga Allah SWT memudahkan segalanya.
Amin ya Rabbal Alamin.

 Mamam....



 Snow...



 Pak Jo...



Anak-anak Pak Jo dan Snow.

Tuesday, 26 December 2017

Disember 2017

 En. Shakir sedang menikmati Sate Jamal Kg. Melayu Simpang Renggam.


 Seriusnya Muaz.


 Uthman sedang makan late Supper.


 1 Malaysia.....NEGARAKU.


 Khusyuk...


 Netherland Dwarf (ND) Rudy.


 Bobo...ND Wooley.


 Berapa RM ni?


 Anak2 Jojo n Bobo.


 Anak ND n Lala.


 Sukanya....


Comelnya...


Salam semua...
Sibuk sungguh bulan ini...dan juga November.
Pusing satu Malaysia.
Travel ke Langkawi n Pantai Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Menikmati cuti sekolah bersama anak2.
Harapnya Januari 2018 lebih baik daripada Dis 2017.
Setiap bulan, semakin baik.
Harapnya begitu.
Mudah-mudahan.
Sekian dahulu.
Wassalam.

Friday, 8 December 2017

Baitul Maqdis dijadikan ibu negara Israel?

Salam Jumaat

Sempena bulan Maulid, banyak ceramah diadakan.
Alhamdulillah syukur dengan nikmat drpd Allah SWT.
Di PWTC, ahli UMNO berhimpun sempena PAU 2017.
Selepas solat Jumaat tadi, diadakan demontrasi aman di hadapan kedutaan USA.

Ini disebabkan pengistiharan oleh Presiden USA berkenaan ibu negara Israel.
Seluruh umat Islam mengecam tindakan ini.
Persoalannya, apa tindakan kita sebagai umat Islam?
Sejauh manakah sensitiviti kita terhadap kota suci umat Islam yang ketiga, baitul Maqdis.
Bersedialah semua untuk bertindak.
Jangan ragu dengan janji Allah SWT.
Allahu Akbar!!!