Monday, 27 February 2012

Perkara paling pasti

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Pembaca budiman,

Apakah perkara paling pasti?  Penulis merasakan ramai yang tahu.  Terlalu banyak penulis melihat / mendengar berita tentang kematian dalam seminggu dua ini.  Pada dua minggu yang lepas, penulis sendiri terserempak dengan kemalangan maut yang baru berlaku di mana mayat masih berada dalam kereta.  Mengerikan.

Jumaat lepas (17/2) dikejutkan lagi dengan berita kemalangan maut di jalan utama di hadapan kampus yang melibatkan seorang warga emas.  Jumaat yang terbaru (24/2), seorang kawan menceritakan kemalangan maut berlaku di hadapannya yang menyebabkan dua kematian.  Beliau menceritakan bagaimana beliau membantu mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal.  Dan yang terbaru, kenalan baik bapa juga sebaya dengan bapa saya (64 tahun), yang saya kenal meninggal dunia pada pagi Ahad (26/2).  Semoga Allah swt mencucuri Rahmat-Nya dan mengampuni arwah.  Arwah adalah seorang yang amat disenangi dan seorang yang peramah.

Semua perkara yang berlaku perlu diambil oleh penulis bahawa, maut pasti datang, sudah tertulis di Luh Mahfuz, tidak lambat dan cepat walaupun sesaat.  Didapati semua insiden di atas adalah kematian mengejut (sudden death), tiada sakit atau petanda, cuma yang membezakan ialah keadaan akhir arwah.  Penulis ingin berkongsi mengenai kenalan baik bapa.  Beliau merupakan karkun (Deen Worker) dan banyak berkhidmat kepada ayahnya yang telah uzur.  Pada pagi Ahad, beliau bangun awal dan ke surau berhampiran rumahnya.  Beliau pulang ke rumah setelah berasa tidak sedap badan dan meminta isterinya menyapu minyak angin.  Setelah berasa agak lega, beliau kembali ke surau untuk azan Subuh dan sewaktu mengambil wudhuk, beliau telah rebah dan meninggal dunia.  Cantik bentuk kematiannya, dalam usaha untuk menyucikan diri dan melaungkan azan serta menunaikan Solah Subuh.  Semoga Allah swt menerima niatnya dan meletakkan rohnya dia kalangan orang2 yang soleh.

Sesungguhnya kita akan dibangkitkan di Mahsyar sebagaimana keadaan kita dimatikan.  Marilah kita memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan Husnul Khaatimah, mengucap kalimah Syahadah dan Allah Mengasihani kita, bukan untuk pengiktirafan manusia, tetapi pengikitirafan Allah, menggembirakan Allah swt.  Beruntunglah untuk orang yang Iman Taqwa dan Beramal Soleh, inilah orang yang akan diMULIAKAN oleh Allah swt.  Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment