Salam semua,
Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat wal-afiat dan sentiasa dalam keredhaan-Nya.
Kurang seminggu, aku akan mempersembahkan hasil kerja penyelidikanku selama satu semester di UTM pada Isnin depan. Minggu lepas, pelajar2 aku yang present, minggu depan cikgu dia la pulakk...adoiii... kena sebijik...
Sekarang dah hampir zohor, selepas ni nak kena jaga peperiksaan akhir sem I 11/12. Harap2 dapat selesai awal, dapat solah asar berjemaah di awal waktu. Jadi pembantu ketua pengawas menggantikan isteri, dia sedia menggantikan aku 2 kali, Terima kasih isteriku...Jazakallah, semoga Allah memberkati dan merahmati kamu.
Semalam pergi bayar zakat utk tahun 2011, Alhamdulillah dapat hidayat utk menunaikan perintah-Nya.
2 orang syura telah meninggal dunia pada Disember yang lepas. Semoga Allah swt mengampuni dan merahmati mereka serta meletakkan mereka di kalangan orang2 yang Soleh.
Oklah, dah dekat masuk zohor, jom ke masjid.... Semoga tahun 2012 menjadi lebih baik dari tahun lepas (Dunia & Akhirat)... :o)
No comments:
Post a Comment