Wednesday, 23 November 2011

Jauh perjalanan

Alhamdulillah selesai menunaikan solah Asar.  Masih di blok C16, selesa di sini berbanding dengan blok FKAAS yang baru.  Duduk di depan komputer, masih memikirkan lagi tentang perbincangan dengan sekumpulan pelajar tahun akhir di bawah seliaanku.

Masih banyak perkara harus aku ketahui dan kuasai.  Teringat pula kata-kata penceramah sewaktu menghadiri kursus di Skudai, LONG JOURNEY, very LONELY.... RESEARCH, that is it...

Semester pertama aku secara separa masa berlalu begitu pantas, sudah minggu ke-10.  Bermakna tinggal sebulan sahaja lagi untuk melabuhkan tirai sem I 2011/12.  Semakin hampir juga aku perlu mempersembahkan Cadangan Penyelidikan yang masih kabur.  Kata SV ku, "Present aja, yang penting adalah input daripada Panel".

Berbalik kepada hakikat kehidupan yang perlu ditempuhi, gembira, ketawa, sedih, menangis adalah lumrah alami makhluk bergelar manusia.  Yang terpenting, biar orang sekeliling menangisi pemergian kita tetapi kita GEMBIRA dan TERTAWA apabila menemui Allah SWT.  Inilah yang telah dialami oleh para sahabat r.hum, insan terpilih, hidup pada kurun terbaik.  Marilah kita jadi seperti para SAHABAT R.HUM sebelum terlambat, ayuhh....

No comments:

Post a Comment