Tuesday, 29 November 2016

DUA KEMALANGAN DALAM MASA KURANG 24 JAM

SALAM SEMUA

Hari ini mood Traffic Safety Engineering.
2 nyawa tidak berdosa melayang di laluan F50 berjarak lebih kurang 2 KM sahaja.

Kes pertama:

Lokasi: sblm U-Turn depan Pejabat Pertanian (Sebelah stesen minyak BHP) Arah Ayer Hitam
Tarikh dan masa:28/11/2016 & 6.00 petang
Mangsa yang maut:wanita melayu berumur 50-an bermotosikal
Punca:Dilanggar dari arah belakang oleh SUV Subaru di pandu oleh lelaki cina di lorong kanan, diseret antara 50-100 meter, SUV disyaki dipandu laju, melebihi had laju.

Kes Kedua:

Loaksi:  Di hadapan pintu pagar utama UTHM, susur ke Ayer Hitam
Tarikh dan masa:29/11/2016 & 10.40 pagi
Mangsa yang maut:lelaki melayu berumur lewat 60-an bermotosikal
Punca:  Motosikal mengelak lubang, bergesel dengan lori pasir, arah yang sama menyebabkan mangsa digilis oleh lori tersebut.

Kesimpulan:

Kedua-dua mangsa adalah penunggang motosikal dan warga emas.  Motosikal kapcai dipandu perlahan sahaja oleh warga emas.  Faktor keadaan jalan raya juga merupakan faktor utama serta pemandu kereta serta lori tersebut yang tidak mengendahkan Vulnerable road users (VRU).  Pihak JKR perlu bertindak segera dengan membaiki jalan tersebut sebelum semakin ramai menjadi mayat di laluan FT050.  Undang-undang Qisas perlu diluluskan segera di Parlimen supaya pemandu kereta dan lori lebih menghormati VRU.

Sekian laporan saya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment