Setiap manusia diatas mukabumi ini berusaha. Setiap orang yang berusaha
akan mendapat keyakinan atas apa yang diusahakan. Seorang petani yang usaha
atas pertanian maka akan dapat keyakinan atas pertaniannya. Seorang peniaga
yang usaha atas perniagaan maka akan dapat keyakinan untuk dapat sesuatu dari
perniagaannya. Seorang pemerintah yang ada keyakinan atas pemerintahannya, yang
usaha atas kuasanya maka akan datang keyakinan atas kuasanya.
Setiap orang
berusaha dan dalam hati mereka ada keyakinan atas usaha yang mereka telah
lakukan.
Hari ini usaha atas agama telah ditinggalkan, usaha atas iman telah
ditinggalkan oleh manusia. Oleh kerana itu, keyakinan atas agama telah keluar
daripada hati manusia. Hari ini agama telah jadi satu benda yang ikhtiar dan
infradi[1], satu benda pilihan dan bersifat peribadi. Sedangkan agama adalah
bersifat ijtimai[2]. Asalnya agama bersifat ijtimai dan umum.
Agama perlu
diamalkan secara ijtimai.
Oleh kerana tiada usaha atas agama, maka dari hati
orang Islam sendiri telah tidak ada keyakinan pada agama. Telah tidak ada penggantungan
pada agama bahawa dengan agama kita akan dapat kejayaan.
Punca utama ialah
kerana usaha agama telah ditinggalkan.
Allah s.w.t telah janjikan hidayah dengan usaha mereka yang bermujahadah,
berusaha dan bersusah payah. Usaha yang macam mana? Maulana kata ada banyak
cara usaha tetapi usaha yang dikehendaki ialah usaha yang mengikut kehendak
Allah s.w.t dengan cara yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Usaha yang mana Nabi
s.a.w telah bangunkan sahabat-sahabat. Usaha yang mana Nabi s.a.w telah sediakan
sahabat-sahabat. Melalui usaha itu, agama akan datang dalam kehidupan kita.
Kita kena yakin dalam hati kita, bahawa satu-satunya cara yang pasti untuk
dapat hidayat daripada Allah s.w.t adalah dengan perantaraan usaha dakwah
illallah.
Usaha tersebut hendaklah dijalankan dengan cara yang telah dibuat
oleh Nabi s.a.w. Kita kena buat usaha dengan cara yang dikehendaki oleh Allah
s.w.t yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
Kita kena pasak dalam hati kita
bahawa hanya dengan usaha yang dibuat oleh Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat
sahaja agama akan datang dalam kehidupan kita dan seluruh umat.
Tidak ada cara
lain.
No comments:
Post a Comment