Salam semua,
Sudah 10 Muharam 1435, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih hidup.
Kehidupan dunia adalah ujian.
Kaya, miskin, pandai, bodoh, popular, tidak dikenali, sihat dan sakit semuanya ujian.
Keputusan ujian ini akan diperolehi di akhirat samada lulus atau gagal.
Lulus ganjarannya syurga dan gagal menyebabkan kita ke neraka untuk selamanya.
Beruntunglah orang yang mendapat syurga dan rugi serta bernasib malang bagi ahli neraka.
Hamba yang berdosa ini ingin berkongsi sedikit kisah mengenai orang-orang terdahulu yang hidup di kalangan manusia mewah serta alpa tetapi mereka berjaya mendapatkan syurga milik Allah swt.
Siapakah Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW?
Nabi Isa a.s., dilahirkan oleh Maryam bt Imran a.s., tanpa bapa (tanpa asbab) membuktikan kekuasaan Allah swt pada zaman materialistik, sebab dan akibat, terlalu mementingkan teori semata-mata sehingga melupakan Allah swt.
Nabi Isa a.s. boleh berkata-kata dengan fasih sewaktu bayi dan disaksikan oleh para yahudi tetapi mereka menafikannya (tidak mahu mengaku kesalahan mereka) serta menuduh dan menfitnah Maryam a.s. melakukan perkara keji.
Maryam a.s. adalah anak yang dinazarkan oleh Imran dan isterinya untuk menjadi penjaga kepada Baitul Maqdis.
Siapakah yang menjaga Maryam a.s. di masjidil Aqsa sejak dari kecil?
Nabi Zakariya a.s. (merupakan bapa saudara kerana isteri baginda adalah emak saudara Maryam a.s.) yang pada ketika itu masih belum dikurniakan anak yang dipilih intuk menjaga Maryam a.s.
Setelah berumur 90 tahun, dalam keadaan lanjut usia, lahirlah anak beliau, Nabi Yahya a.s.
Mereka ini insan terpilih, mendapat pelbagai mukjizat bukti benarnya ajaran Islam yang mentauhidkan Allah swt.
Kitab taurat dan injil menjadi panduan pada zaman itu.
Nabi Zakariya a.s. mati akibat digergaji dan Nabi Yahya a.s. mati akibat dipancung dalam mendakwahkan agama Islam.
Nabi Isa a.s. menjadi mangsa konspirasi pendeta Yahudi bersama tentera Romawi yang membawa kepada hukuman bunuh.
Akhirnya, baginda Isa a.s. di angkat ke langit, tidak mati dan akan kembali ke dunia ini sebagai Umat Muhammad saw untuk bersama Imam Mahadi dalam misi memusnahkan Dajjal serta Yakjuj Makjuj pada akhir zaman nanti.
Kisah mereka sangat menarik untuk dibaca serta dijadikan pedoman kepada kita semua dalam menempuhi kehidupan ini.
Melalui Nabi Muhammad saw, kita diberikan petunjuk al-quran dan hadis sebagai pedoman supaya tidak sesat.
Kitalah yang menentukan destinasi kita di akhirat samada syurga atau neraka.
Pilihlah jalan orang-orang yang telah berjaya ini, jalan para nabi a.s., siddiqin, syuhada' dan orang-orang soleh.
Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan berubah, ayuh sebelum datangnya Malaikat Izrail a.s..
Di kesempatan ini, hamba yang berdosa ini ingin menyeru terutamanya kepada diri sendiri dan semua pembaca supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan di akhirat nanti. Bila akhirat di kejar, dunia akan datang melutut kepada kita.
Ini janji Allah swt.
Kejarlah akhirat wahai diriku.
Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya (amal soleh kitalah ye...).
Kejayaan hakiki manusia hanya dalam agama Islam, Menunaikan segala perintah Allah swt serta mengikuti cara Nabi SAW (sunnah).
Wallahu a'lam.
Sekian dulu.
BANYAK BAHAN BACAAN ILMIAH SECARA SANTAI... BAGUS UNTUK DI BACA.

No comments:
Post a Comment