Salam kepada semua,
Hari ini adalah 21 hb. Jun 2013, hari yang bersejarah bagi hidup aku.
Insya Allah pagi ini aku akan ke Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur untuk khuruj 40H.
Rasanya last aku khuruj 40H pada tahun 2002 (11 tahun yang lalu), bulan Ramadhan jugak, sebelum aku menikah pada Dis 2002.
Selepas tu, rasa2 aku, mmg x sampai 40H, adalah kurang dari itu, mungkin komitmen kerja, isteri + anak.
Sebenarnya, terlalu banyak fadhilat 40H, sampai aku pun x reti nak cerita..hahaha... BTW, kpd sapa yg ingin tahu, sila pm, aku cuba terangkan sebaik yang mungkin.
Aku mengambil peluang di cni utk mengucapkan terima kasih kpd semua insan yg memberikan sokongan kpd aku terutama mak ayah, wife dan anak2, SV aku, a.k.a Dr. Zaly, dan semua sahabat.
Bersyukur kpd Allah swt krn menyelesaikan masalah aku dan diharapkan perjalanan menjadi mudah serta sentiasa dirahmatinya.
Aku rasakan inilah tempoh terbaik utk aku bermunajat kpd-Nya, memohon petunjuk dan hidayat, hanya sanya kerana-Mu ya Allah, untuk agama-Mu.
Nampaknya azan subuh telah berkumandang, jom ke masjid.
Korang semua tolong doakan aku ye, Insya Allah aku juga turut mendoakan kalian.
Sekian dulu, wassalam.
No comments:
Post a Comment