Sunday, 12 July 2020

Haji 1441 yang penuh misteri

Tahun ini bakal menyaksikan peristiwa luar biasa di Mashair haji.
Manakan tidak, suasana yang hiruk pikuk dengan jutaan manusia bersempena 10 Zulhijjah setiap tahun akan dihadiri hanya sekitar 10,000 manusia pada tahun 2020 ini.
Moga Allah swt tidak murka dengan kita.
Wahai sahabat, bersamalah kita menyambut Raya Haji dengan penuh keinsafan serta taubat nasuha.
Sekian dahulu, wassalam.

PERCUTIAN KELUARGA PAK DA HAJI BERSEMPENA PKPP, ALHAMDULILLAH.

Monday, 27 April 2020

4 Ramadhan 1441

Alhamdulillah telah masuk 4 hari kita berpuasa.
Memang betul-betul berbeza puasa tahun ini.
PKP bermula 18 Mac 2020.
Rasanya akan berlanjutan sehingga hari raya.
Banyak masa di dalam rumah sendiri.
Harapnya boleh banyak kali khatam quran.
Sekian dulu.
Wassalam.

BILA NAK SPLASH LAGI?

Wednesday, 11 March 2020

Health Screening by 12 March 2020

Sheikh Maidi al Periai.........

Alhamdulillah selamat menjalani ujian saringan kesihatan Covids-19.  Tidak perlu kuarantin.
Semua peserta program di Masjid Sri Petaling turut disarankan untuk menjalani ujian ini.
Coronavirus adalah makhluk.  Semua ini ujian daripada Allah SWT.
Bertawajuhlah kepada Allah SWT.
Bertaubat dan berdoalah kepada Allah SWT.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, 9 March 2020

Mac 2020

Salam to all

Mangsa yang mati akibat Covids-19 dah mencecah 3000 orang lebih.
Mekah dan Madinah pun sunyi kerana langkah kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan Ibadat Umrah.
Sayu bila melihat tiada orang yang tawaf di Kaabah.
Inilah petanda akhir zaman dan hampirnya dengan kiamat.
Semoga kita diampunkan dan diberi rahmat oleh-Nya.
Amin Ya Rabbal Alamin.




Wednesday, 29 January 2020

Januari 2020

Selamat menyambut 2020.
Katanya ada kereta terbang?
Tetapi cita-cita menjadi negara maju hanya tinggal harapan.
Banyak peristiwa awal 2020.
Australia terbakar, krisis AS-Iran, virus Wuhan (coronavirus) dan pelbagai lagi.
Rasanya tahun ini agak mencabar.
Selamat menempuhi 2020.
Sekian terima kasih.

Monday, 16 December 2019

Penghujung 2019

Alhamdulillah kini kurang sebulan untuk melabuhkan tirai 2019.
Ramai kenalanku pergi mengadap Ilahi pada tahun ini dan tahun lepas.
Sebenarnya inilah peringatan Allah SWT kepadaku supaya membuat persediaan yang lebih rapi.
Kehidupan dunia ini merupakan kehidupan yang penuh dengan main-main dan senda gurau.
Hanyalah kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sebenar.
Marilah kita semua membuat persediaan bertemu dengan Allah SWT.
Sekian dahulu, wassalam.

AMALAN MEMAKMURKAN MASJID SECARA 24 JAM PERLU DIHIDUPKAN DI SELURUH MASJID DI DUNIA INI... SEMUA ORANG LELAKI ISLAM PERLU AMBIL TANGGUNGJAWAB.

Saturday, 21 September 2019

22 Muharram 1441

MUHAMMAD RINDU AYAH NI....


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan jutaan nikmat.
Nikmat yang terbesar ialah nikmat amal agama dan mendakwahkan agama Allah SWT.
Walaupun kita jauh dari zaman Nabi SAW, namun kemuliaan Umat atau khairul qurun boleh hadir.
Hadir apabila kita semua bangun mengerjakan kerja dakwah sepertimana sahabat-sahabat r.hum.
Nabi SAW telah mendakwahkan agama dalam keadaan mujahadah.
Namun kita hari ini mabuk dan lalai dengan dunia.
Sedangkan umat dari seluruh dunia rindukan alunan-alunan ayat Quran dibacakan.
Agama masih belum sampai kepada mereka.
Kasihan kepada Umat.
Marilah kita korbankan kesenangan hidup kita untuk manfaat umat.
Semoga pengorbanan kita diterima Allah SWT.
Allah SWT kasihan kepada kita dan pilih kita untuk memasuki syurga-Nya dangan rahmat-Nya. 

Monday, 9 September 2019

Allah lah segalanya

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji hanya bagi Allah SWT
Tuhan yang mencipta segalanya
Tujuh petala langit. tujuh petala bumi dan di antara keduanya
Semuanya di bawah pengetahuan Allah SWT
Semoga Allah SWT jauhkan kita daripada syirik
Dan selamatkan kita dari azab-Nya
Dan memasukkan kita ke dalam Syurga-Nya
Amin ya Rabbal Alamin.

jangan lupa baca doa makan :o)

Tuesday, 3 September 2019

ayatul kursi

(Dialah) Allah
tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia
Zat yang Maha Hidup lagi Maha Kekal dalam mentadbir ciptaan-Nya
tidaklah Dia merasa mengantuk dan tidak pula tidur
bagi-Nya apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi
siapakah yang dapat memberi Syafaat (Pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya
Dia mengetahui apa-apa yang (akan berlaku) setelah mereka (masa yang akan datang) dan apa-apa yang telah terjadi sebelum mereka (masa yang telah berlalu)
dan tidaklah mereka mengetahui sesuatu apa pun daripada ilmuNya kecuali dengan apa yang dikehendakiNya
keluasan KursiNya(KerajaanNya) meliputi langit dan bumi
dan tidaklah berat bagiNya untuk menjaga dan memelihara keduanya
dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Al Baqarah, ayat 225.







Wednesday, 28 August 2019

1 Muharram 1441

Ahad ini merupakan cuti umum seluruh negara bersempena dengan tahun baru Islam.
Sabtu pula adalah 31 Ogos, sambutan hari merdeka, Independence Day.
Keluarga dan aku pula berada di perantauan, makan angin di utara.
Semoga dapat selamat kembali ke Johor pada 31 / 8 / 2019.
Sekian dahulu, wassalam.

Monday, 12 August 2019

40 hari hampir berlalu

Salam,

Baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Qurban 1440./2019.
Nampaknya para Jemaah Haji sedang berkumpul di Mina untuk melontar di Jamrat.
18/8 ini merupakan penerbangan pulang ke tanah air untuk KT1.
Insha Allah ibu bapaku akan tiba di tanah air pada 20/8 ini.
Betapa rindunya aku untuk menatap wajah kedua ibu bapaku ini.
Wajah yang semakin menua dan fizikal yang semakin lemah.
Ya Allah, panjangkanlah umur mereka untuk aku dapat berkhidmat kepada mereka.
Amin Ya Rabbal alamin.







Monday, 5 August 2019

Aidul Adha 1440

Kenangan 10 tahun lalu ketika mengerjakan Ibadat Haji kembali segar.
Masih segar dalam ingatan, KT50.... Maktab 78.selama 52 hari di Tanah Suci.
Tahun ini, alhamdulillah ibu bapa saya berpeluang menjejakkan kaki ke sana setelah mengerjakan haji 20 tahun yang lalu (1999).
Semoga mereka dan saya memperolehi Haji Mabrur.
Tiada ganjaran yang setimpal untuk Haji Mabrur melainkan Syurga.
Allahu..aku rindu kepada-Mu.
Sekian dulu...Selamat menunaikan ibadat haji kepada para Duyufurrahman.
Dan juga selamat menyambut raya Aidhul Adha dalam suasana ketaqwaan.
sekian dahulu, wassalam.






Tuesday, 11 June 2019

Shawal 1440H

ALIYA UMAIRAH DAH NAK MASUK 2 TAHUN OGOS INI, ALHAMDULILLAH



Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT.
Sempat meraikan Aidilfitri 2019 pada 1 Shawal 1440=Rabu.
Banyak kenangan manis dan pahit telah kita harungi.
Semua ini Ujian Allah SWT belaka.
Semoga kita berjaya di Dunia dan Akhirat.
Sekian dulu, wassalam.