Sunday, 28 April 2019

23 Sha'ban 1440

Lagi seminggu kita akan berpuasa Ramadhan.
Marhaban ya Ramadhan al Mubarak.
Seorang ahli kariah kampung meninggal dunia semalam.
2-3 hari lepas, sahabat baik aku masa di sekolah menengah dulu, Almarhum Ahmad Ismail.
Masa raya cina, pak sedara meninggal.
Raya puasa lepas, 2 orang pak sedara meninggal.
Tahun lepas, 2 sahabat baik meninggal...sedihhh.
Ramai saudara, sahabat dan kenalan aku meninggal dunia sebelum Ramadhan kali ini.
Pastinya Ramadhan ini sedikit berbeza berbanding tahun lepas.
Ya Allah, panjangkanlah umur kami untuk melalui madrasah Ramadhan tahun ini.
Amin Ya Rabbal Alamin...
Sekian dahulu, wassalam.



ANAK AYAH DEMAM

Sunday, 21 April 2019

15 SYA'ABAN1440











ALHAMDULILLAH SUDAH MASUK 15 SYA'BAN.
SEMOGA SEMUA DALAM KEADAAN SIAP SIAGA.
BERSEDIA SEPENUHNYA UNTUK RAMADHAN KALI INI.
GAMBAR KENANGAN SEMASA BERKUNJUNG DI PULAU LANGKAWI.
SEMOGA KITA DIPANJANGKAN UMUR SEHINGGA SHAWAL 1440.
SEKIAN DAHULU, WASSALAM.


note-Almarhumah nenek aku meninggal pada 15 syaaban 2012.Al-fatihah.

Thursday, 4 April 2019

Rejab 1440

JOM BALIK KAMPUNG.....

Alhamdulillah sudah berada di penghujung bulan Rejab.
Lagi sebulan, kita akan menyambut Ramadhan 1440.
Ada sahabat kita yang telah pergi menghadap Ilahi, tidak sempat untuk Ramadhan kali ini.
Arwah Rosli, Hazreek dan lain-lain lagi.
Ayuhlah kita bersedia menghadapi Ramadhan kali ini.
Agar ianya adalah Ramadhan terindah untuk kita semua.
Sekian dulu, wassalam.

Tuesday, 19 March 2019

19 Mac 19

Dah besar anak ayah


Salam semua,

Hampir 2 bulan blog ini menyepi.
Kesibukan kerja yang tiada penghujung.
Korang plak camner?
Sedar-sedar, kita dah dalam kubur.
Mintalah agar dihindari mati mengejut-mati tanpa sempat bertaubat.
Kena solah taubat sokmo, hari-hari kena buat.
Jumaat lepas, bumi New Zealand digegarkan dengan insiden tembakan, 50 orang shahid.
Ahad sebelum itu, lebih 100 orang terkorban akibat Boeing 737 MAX 8.
Sebelum itu, insiden keretapi di Mesir, ramai juga yang terkorban.
Inilah peristiwa akhir zaman.
Yang telah diceritakan dengan panjang lebar oleh Nabi SAW.
Al-quran juga menceritakan peristiwa lalu dan yang akan datang.
Oleh itu, bacalah al-quran, banyak manfaatnya.
Sekian dahulu, wassalam.

LA TAHZAN, INNALLAHA MAA'NA.


-Petikan ucapan Nabi SAW kepada Abu Bakar RA di dalam Gua Tsur.

Wednesday, 16 January 2019

18-01-19

HARI HOL IBU MERTUAKU

Genaplah 3 tahun pemergian Allahyarhamah Ibu mertuaku.
Begitu pantasnya masa berlalu.
Perginya dalam keadaan terhindar daripada fitnah Whatsapp.
Moga Allah swt mengampuni ibuku dan menempatkannya dalam Syurga-Nya.
Semoga Allah swt juga mengampuni segala dosa-dosaku terhadap mertuaku.
Aku bukanlah menantu yang baik tetapi cuba-cuba untuk menjadi baik.
Semoga kalian terus berbuat baik kepada mertua kalian kerana mereka juga ibu bapa kita.
Sekian dahulu, wassalam.

Sunday, 13 January 2019

Januari 2019

 Generasi pertama:  Allahyarham Pok Soh Uban


Generasi ketiga:  Jd org Melbourne

Salam semua,

Syukur kepada Allah swt yang memanjangkan umur kita.
Semlm, seorang penculik di tembak mati.  Kasihan.
Memang patut pun sebab hidupnya menyusahkan orang.
Banyak kejadian berlaku pada bulan ini termasuk perletakan jawatan YDPA.
Hari ini dalam sejarah.
Semoga Allah swt merahmati kita semua.
Sekian dulu, bulan cuti untuk pelajar IPTA.
Selamat bercuti.
Sekian, wassalam.

Sunday, 6 January 2019

2019

Selamat tahun baru 2019.
Tahun yang lebih mencabar berbanding 2018.
Semoga diberi kekuatan oleh Allah swt untuk menghadapinya.
Selamat berjuang kepada semua.
Sekian terima kasih.



Sunday, 9 December 2018

keputusan UPSR 2018

Salam semua,

Penggal persekolahan 2019 kian hampir.
Ibu bapa mengira-ngira belanja untuk anak-anak.
Baju sekolah, kasut, beg dan sebagainya.
Agak terasa untuk golongan bawahan dan yang mempunyai ramai anak.
Masa untuk melabur, pelaburan untuk masa depan anak-anak.
Yang akan memasuki sekolah menengah mungkin masih mencari sekolah pilihan.
Beruntung yang dapat 6A, boleh pergi ke sekolah yang diidamkan.
Kepada yang tidak menyerlah, teruskan perjuangan anda.
Kehidupan bakal dilalui masih panjang.
semoga kalian berjaya.
Bye...





Monday, 3 December 2018

Rabiul Akhir 1440




Sekejap masa berlalu.
9/12=1 Rabiul Akhir.
Ya Allah, rindunya aku kepada-Mu.
Pilihlah aku untuk ku melihat Kaabah-Mu pada tahun hadapan.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, 24 November 2018

cuti sekolah 2018




Ya Allah, gembiranya dapat menziarahi kekasih-Mu.
Pilihlah aku agar menjadi tetamu-Mu secepat mungkin.
Duyururrahman - gelaran untuk para tetamu Allah swt, orang yang melakukan Haji/Umrah dan ziarah Madinah.
Sedihnya hati bila lama tidak menjejakkan kaki di bumi Haramain.
Bila musim cuti sekolah, ramai rakyat Malaysia melakukan ibadat Umrah, Alhamdulillah.
Kasihan juga kepada orang yang langsung tiada keinginan ke Tanah Suci Mekah.
Teringat kepada seorang kenalan aku, bila menceritakan bab haji, beliau menolak, menyuruh tukar topik perbualan lain.
Aku tak tau apa puncanya.
Semoga beliau diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk sempurnakan Agama.
Sekian dulu, wassalam.

Thursday, 22 November 2018

Maulidur Rasul 1440


Sempena bulan Maulid ini, Allah swt telah memilih ahli keluargaku menunaikan umrah bersama kedua ibu bapaku.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt dengan kurniaan ini.
Semoga Allah swt memilih isteri-isteriku dan aku menunaikan Umrah secepat mungkin.
Amin ya Rabbal Alamin.


Friday, 26 October 2018

Hidup seumpama Roda

Ini Tayar daaaa......



Sekejap senang, kemudian susah balik.
Umpama roda, kejap kat atas dan kat bawah.
Inilah lumrah kehidupan.
Yang penting, perhubungan kita dengan Allah SWT semakin hampir untuk setiap hari.
Kasihan kepada manusia yang percayakan bomoh.
Syirik yang tidak terampun.
Jika mati, masuk neraka.
Nauzubillah.
Semoga kita dijauhkan daripada kejahatan - kejahatan manusia.
Amin Ya Rabbal Alamin.
STK