Sunday, 1 November 2015

20 Muharam 1437

Salam Tahun Baru

Kepada semua pembaca budiman.
Alhamdulillah kita masih diberi nyawa, dipanjangkan umur dan diberi rezeki.
Menikmati tahun 1437 Hijrah.
Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.
Biar ada perubahan, kepada yang lebih baik.
Contohnya, jika tahun lepas, solat fardhu tak cukup, sempurnakanlah pada tahun ini.
Para wanita, jagalah auratmu, jangan tak berubah di tahun baru.
Akhlak, muamalat, muasharat dan semuanya, harus ditingkatkan.
Kerana kita ada wisel penamat.
Bilakah akan ditiupkan?Wallahu a'lam.
Diri akan sedar bila tanah disumbat di dalam mulut.
Datangnya malaikat Munkar dan Nakir.
Mulut dikunci, hanya amalan dan Iman yang dapat menjawab semua soalan.
Moga kita diberi taufiq dan hidayah untuk berubah.
Insya Allah.

No comments:

Post a Comment