Sunday, 4 September 2016

BULAN HAJI

Salam semua,

Nampaknya, dalam seminggu lagi seluruh umat Islam yang menunaikan Ibadat Haji akan berada di Arafah untuk Wukuf.
Semua perhatian akan ditumpukan untuk berdoa setelah masuknya waktu Zohor sehingga Maghrib.
Tiada Haji tanpa Wukuf.
Orang yang uzur juga perlu di bawa ke Arafah untuk Haji.
Tidak boleh digantikan dengan orang lain.
Menunjukkan betapa mulianya dan pentingnya perbuatan tersebut pada 9 Zulhijjah.
Semoga tiada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku seperti tahun lepas sewaktu musim Haji.
Kita yang tidak menunaikan haji nak buat apa?
Masih enjoy?gedik2?Ya Allah .... Ampunkan kami.
Sesungguhnya kami ini jahil dalam banyak perkara.
Kesiankanlah kami.
Berjumpalah ustaz dan ustazah untuk bertanyakan apakah amalan-amalan pada 9-13 Zulhijjah.
Bertemu dengan ulama' untuk bertanyakan soalan juga adalah ibadat, memperolehi pahala.
Semoga diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk beramal.
Sekian dulu, wassalam.


Belajarlah kerana ianya adalah tuntutan agama.

No comments:

Post a Comment