Sunday, 26 April 2015

Cukai

Salam semua,

Cukai barangan dan perkhidmatan atau GST.
Isu yang paling hangat.
Nampaknya rakyat terbeban dan Kerajaan memerintah gembira dangan kutipan RM 14 juta sehari.
Kita tunggulah apa janji kerajaan akan lakukan untuk kebaikan pembayar cukai hasil kutipan ini.
Semua pihak berkuasa dikerah untuk meningkatkan hasil pendapatan negara.
Tahniah diucapkan bila semua pihak bekerja dengan betul.

Hakikatnya, rakyat makin tertekan dan kroni meraih keuntungan.
PDRM, JPJ, SPAD, SPRM dan etc dikerah untuk menyaman individu sedangkan taukeh lori kuari bermaharajalela dengan lori yang melebihi muatan batu kerikil yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Berisiko untuk pecah cermin depan dan tergelincir untuk penunggang motosikal.
Golongan marhain diperah dan kroni dilepaskan.

Syarikat insurans kereta menikmati untung besar pada tahun ini, berbanding sistem tahun 2014.
Buktinya, saya perlu bayar lebih RM200, insurans kereta untuk tahun ini berbanding tahun lepas sedangkan nilai yang diinsuranskan berkurangan dengan NCD 55%.

Saya pasti perbelanjaan saya bulan ini tinggi daripada bulan lepas kerana banyak GST, bil telefon pasca bayar, kad pra-bayar, servis kereta di pusat servis dan lain-lain lagi.

Doa orang teraniaya tiada hijab, terus kepada Allah SWT.

Kepada kerajaan memerintah, hentikan pembaziran dan ketirisan kerana anda lebih tahu apa yang sedang berlaku.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment