Monday, 7 April 2014

KOTAK HITAM

Salam,

Sejak peristiwa MH370, kita disajikan dengan pelbagai info yang berguna mengenai industri aviasi.
Contohnya adalah BLACK BOX atau KOTAK HITAM di dalam sebuah kapal terbang.
Umumnya, semua telah mengetahui istilah kotak hitam adalah merujuk kepada objek berwarna oren yang mempunyai ketahanlasakan yang sangat tinggi.
Sangat diharapkan agar objek ini ditemui untuk mengetahui punca sebenar tragedi.
Kotak hitam akan menceritakan segalanya seperti CCTV gamaknya.
Tahukah dan sedarkah kita adanya kotak hitam dan CCTV di tubuh kita?
Semua ini akan dipaparkan di Padang Mahsyar sewaktu perbicaraan di Mahkamah Allah.
Hmmm... banyaknya kekurangan dan aib kita ye, hanya Allah yang tahu.
Hanya kepada Allah kita memohon agar kotak hitam dan CCTV kita akan memaparkan perkara baik sahaja, yang buruk ditutup oleh Allah swt, dengan sifat pemaaf dan penyayang-Nya.
Ok...semoga semua kita mendapat manfaat.

p/s-  JADILAH MANUSIA YANG PEMAAF KERANA INI MENENANGKAN KEGUSARAN KITA. :o)

Wednesday, 19 March 2014

MUSIBAH

Musibah adalah suatu malapetaka, perkara yang sukar dan sama sekali tidak diingini.
Kehilangan MH370 merupakan suatu musibah pada 8/3/2014.
Kematian seorang Ulama' muktabar yang mengabdikan diri untuk agama kerana Allah juga merupakan suatu musibah kepada ummat pada 18/3/2014 lebih kurang 10h selepas kehilangan pesawat.
Semua ini peringatan untuk kita supaya memperbanyakkan istighfar serta taubat.
Ya Allah, ampunilah aku dan ummat, serta kasihanilah kami.
Amin, ya rabbal alamin.

Tuesday, 18 March 2014

HUJAN

Alhamdulillah hujan dah turun.
Hampir 2 bulan kemarau...
Syukur kepada Allah swt.

Monday, 3 March 2014

04-MAC-14

Salam semua,

Tahun 2014 merupakan tahun ujian.
Ujian yang agak getir- kenaikan harga barang, banjir, kesejukan melampau, kemarau, kebakaran, jerebu dan lain-lain lagi.
Tapi beruntungnya menjadi orang Beriman kerana semua ini menyebabkan dosa diampunkan dan dinaikkan darjat apabila redha dan tabah menghadapi ujian.
Semoga Allah swt memberikan ketabahan kepada kita untuk menghadapi semua ujian kehidupan.
Sememangnya dunia ini tempat ujian, Akhirat tempat menuai hasil.
Sentiasalah berdoa agar diselamatkan daripada azab kubur, neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, dengan rahmat Allah swt.
Dan jangan lupa untuk kita menjadi mukmin sejati, bukan islam pada nama sahaja.
Sekian dahulu.
Wassalam.

Tuesday, 25 February 2014

March 2014

Salam semua,

Kurang seminggu akan memasuki bulan Mac, genap 10 tahun aku bermustautin di Negeri Johor.  Pejam celik, dah boleh dapat anugerah jasa bakti daripada tempat aku bertugas.  Setia juga aku bekerja kali ni ye, Alhamdulillah.
Segala nikmat hanya daripada Allah, bersyukur kepada-Nya.
Bulan tiga tahun ini rasanya agak meriah untuk keluarga aku terutama adik bongsu lelaki.
Kenapa?Rahsia....:o)
Oklah semua, semoga hari ini lebih baik dari kelmarin.
Sehingga berjumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday, 13 November 2013

Kisah kehidupan orang-orang terdahulu

Salam semua,

Sudah 10 Muharam 1435, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih hidup.
Kehidupan dunia adalah ujian.
Kaya, miskin, pandai, bodoh, popular, tidak dikenali, sihat dan sakit semuanya ujian.
Keputusan ujian ini akan diperolehi di akhirat samada lulus atau gagal.
Lulus ganjarannya syurga dan gagal menyebabkan kita ke neraka untuk selamanya.
Beruntunglah orang yang mendapat syurga dan rugi serta bernasib malang bagi ahli neraka.

Hamba yang berdosa ini ingin berkongsi sedikit kisah mengenai orang-orang terdahulu yang hidup di kalangan manusia mewah serta alpa tetapi mereka berjaya mendapatkan syurga milik Allah swt.
Siapakah Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW?
Nabi Isa a.s., dilahirkan oleh Maryam bt Imran a.s., tanpa bapa (tanpa asbab)  membuktikan kekuasaan Allah swt pada zaman materialistik, sebab dan akibat, terlalu mementingkan teori semata-mata sehingga melupakan Allah swt.
Nabi Isa a.s. boleh berkata-kata dengan fasih sewaktu bayi dan disaksikan oleh para yahudi tetapi mereka menafikannya (tidak mahu mengaku kesalahan mereka) serta menuduh dan menfitnah Maryam a.s. melakukan perkara keji.
Maryam a.s. adalah anak yang dinazarkan oleh Imran dan isterinya untuk menjadi penjaga kepada Baitul Maqdis.
Siapakah yang menjaga Maryam a.s. di masjidil Aqsa sejak dari kecil?
Nabi Zakariya a.s. (merupakan bapa saudara kerana isteri baginda adalah emak saudara Maryam a.s.) yang pada ketika itu masih belum dikurniakan anak yang dipilih intuk menjaga Maryam a.s.
Setelah berumur 90 tahun, dalam keadaan lanjut usia, lahirlah anak beliau, Nabi Yahya a.s.
Mereka ini insan terpilih, mendapat pelbagai mukjizat bukti benarnya ajaran Islam yang mentauhidkan Allah swt.
Kitab taurat dan injil menjadi panduan pada zaman itu.
Nabi Zakariya a.s. mati akibat digergaji dan Nabi Yahya a.s. mati akibat dipancung dalam mendakwahkan agama Islam.
Nabi Isa a.s. menjadi mangsa konspirasi pendeta Yahudi bersama tentera Romawi yang membawa kepada hukuman bunuh.
Akhirnya, baginda Isa a.s. di angkat ke langit, tidak mati dan akan kembali ke dunia ini sebagai Umat Muhammad saw untuk bersama Imam Mahadi dalam misi memusnahkan Dajjal serta Yakjuj Makjuj pada akhir zaman nanti.
Kisah mereka sangat menarik untuk dibaca serta dijadikan pedoman kepada kita semua dalam menempuhi kehidupan ini.
Melalui Nabi Muhammad saw, kita diberikan petunjuk al-quran dan hadis sebagai pedoman supaya tidak sesat.
Kitalah yang menentukan destinasi kita di akhirat samada syurga atau neraka.
Pilihlah jalan orang-orang yang telah berjaya ini, jalan para nabi a.s., siddiqin, syuhada' dan orang-orang soleh.
Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan berubah, ayuh sebelum datangnya Malaikat Izrail a.s..

Di kesempatan ini, hamba yang berdosa ini ingin menyeru terutamanya kepada diri sendiri dan semua pembaca supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan di akhirat nanti.  Bila akhirat di kejar, dunia akan datang melutut kepada kita.
Ini janji Allah swt.
Kejarlah akhirat wahai diriku.
Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya (amal soleh kitalah ye...).
Kejayaan hakiki manusia hanya dalam agama Islam, Menunaikan segala perintah Allah swt serta mengikuti cara Nabi SAW (sunnah).
Wallahu a'lam.
Sekian dulu.

     BANYAK BAHAN BACAAN ILMIAH SECARA SANTAI... BAGUS UNTUK DI BACA.

Monday, 28 October 2013

Cuti Sekolah

Salam semua,

Bulan November semakin hampir, bulan yang ditunggu-tunggu oleh pelajar sekolah.
Cuti panjang akhir tahun akan bermula.
Para ibu bapa sibuk mengaturkan jadual sepanjang cuti.
Masa yang lapang perlu diisi dengan perkara bermanfaat.
Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.
Aku pun merancang untuk menghantar anak2 balik kampung selama 2-3 minggu.
Biar mereka merasa suasana hidup di kampung.

Angsa di kampung sedang menunggu anak-anak kecil pulang ke desa.
Sekian dulu, selamat bercuti.

Sunday, 4 August 2013

Salah siapa?

Hak Peribadi Anda pernah dicerobohi?
Anda marah atau tidak?
Atau memendamkan perasaan kerana ingin menjaga perasaan orang lain?
Anda mungkin betul atau tidak, terpulang kepada justifikasi masing-masing.
Anda dicabul atau dirogol?
Dan anda mendiamkan diri, tandanya anda bersetuju dan pemangsa akan mengulanginya lagi.
Anda sepatutnya cepat-cepat melaporkan kepada pihak berwajib kerana kesalahan itu adalah sangat berat dalam undang-undang negara kita.
Anda diam?Kenapa?Sayang kepada pemangsa?Malu?Kepada siapa?Kepada manusia yang kebanyakannya hipokrit dan tiada bersama waktu susah kita?
Malulah kepada Allah.
Kenapa boleh berlaku?Kerana kita yang mencari.  Itu sahaja jawapan ringkas.

Dah tahu pemangsa itu memang bersifat binatang, masih keluar berdua-duaan... nasihat orang yang anda katakan sayang kepadanya diabaikan.  Kerana untuk menjaga perasaan orang lain juga?  Ini memang salah anda.  Anda membenarkan perkara ini berlaku dan anda mendiamkan diri menyebabkan pemangsa akan mengulanginya lagi.

Mohonlah perlindungan daripada Allah.  Kenapa doa anda tidak dikabulkan lagi?
Kerana salah anda juga, Allah tidak pernah salah.
Belajarlah untuk menyalahkan diri kerana kita akan banyak belajar daripadanya.
Sebaliknya orang yang merasakan dia bijak dan tidak perlu diajar pasti akan semakin jahil.
Jahil yang melampau menyebabkan anda takabbur.
Orang takabbur pasti lebur.  Bersifat syaitan.  Neraka jahannamlah tempatnya.  
Tiada tempat di dalam syurga untuk manusia kafir dan syirik.
Jauhkanlah sifat-sifat syirik kerana ia jalan ke neraka.
Sekian sahaja coretan pagi ini, Wallahu a'lam.

Thursday, 4 July 2013

Bulan rahmat

Salam semua,

Kurang seminggu kita akan mula berpuasa.
Ramai yang gembira menyambutnya, bulan Rahmat, pengampunan dan pembebasan daripada neraka.
Dalam bulan ini terdapat satu masa yang maqbul untuk si pendoa, maka marilah kita banyakkan berdoa dalam bulan ramadhan.
Semoga kita dipanjangkan umur untuk sampai ke ramadhan ini dan ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu.
Yakinilah Allah SWT maha pengasih, penyayang dan pengampun.
Bulan ini dinobatkan sbg bulan umat khusus untuk kita yang sering melakukan dosa.
Semoga madrasah ramadhan yang bakal kita lalui akan menyucikan kita seperti bayi yang baru dilahirkan.
Rentetan daripada ramadhan adalah bulan haji yang merupakan simbolik kepada kemuncak pengorbanan seorang hamba kepada Rabb.
Semoga semua mempunyai keazaman yang sungguh-sungguh untuk menunaikan haji yang merupakan rukun Islam yang kelima.
Semua bersedia? Insya Allah.

Friday, 21 June 2013

Masa yang berlalu

Salam kepada semua,
Hari ini adalah 21 hb. Jun 2013, hari yang bersejarah bagi hidup aku.
Insya Allah pagi ini aku akan ke Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur untuk khuruj 40H.
Rasanya last aku khuruj 40H pada tahun 2002 (11 tahun yang lalu), bulan Ramadhan jugak, sebelum aku menikah pada Dis 2002.
Selepas tu, rasa2 aku, mmg x sampai 40H, adalah kurang dari itu, mungkin komitmen kerja, isteri + anak.
Sebenarnya, terlalu banyak fadhilat 40H, sampai aku pun x reti nak cerita..hahaha... BTW, kpd sapa yg ingin  tahu, sila pm, aku cuba terangkan sebaik yang mungkin.
Aku mengambil peluang di cni utk mengucapkan terima kasih kpd semua insan yg memberikan sokongan kpd aku terutama mak ayah, wife dan anak2, SV aku, a.k.a Dr. Zaly, dan semua sahabat.
Bersyukur kpd Allah swt krn menyelesaikan masalah aku dan diharapkan perjalanan menjadi mudah serta sentiasa dirahmatinya.
Aku rasakan inilah tempoh terbaik utk aku bermunajat kpd-Nya, memohon petunjuk dan hidayat, hanya sanya kerana-Mu ya Allah, untuk agama-Mu.
Nampaknya azan subuh telah berkumandang, jom ke masjid.
Korang semua tolong doakan aku ye, Insya Allah aku juga turut mendoakan kalian.
Sekian dulu, wassalam.

Wednesday, 5 June 2013

Gundah gulana

Perasaan aku agak tidak tenteram buat masa ini.
Aku kurang pasti apa yang telah, sedang dan akan berlaku.
Apapun, hati kecil aku berdoa agar semuanya selamat.
Kepada yang lemah, bersabarlah, kita ada Allah.
Kepada yang kuat, janganlah engkau menzalimi yang lemah kerana akhirat itu pasti dan akan diadili.
Suami seharusnya menjaga dan membimbing isteri dan bukannya utk di maki hamun serta dibelasah.
Sekiranya, sudah tiada kasih sayang, lepaskanlah isteri dengan kerelaan kerana isteri adalah anugerah, bukannya hak milik mutlak.
Seorang isteri perlu dibelai, dibimbing dan dilindungi oleh seorang suami yang bertanggungjawab di dunia dan akhirat.
Isteri adalah tanggungjawab, maka jadilah suami yang bertanggungjawab.
Ini sahaja coretan aku pada petang ini.
Kepada yang berkenaan, berhentilah kamu daripada mendera isteri secara mental dan fizikal kerana mati itu pasti.

Tuesday, 14 May 2013

13 Mei 2013

Salam kepada semua pembaca,

Sudah lebih seminggu kita melalui PRU yang dikatakan paling bersejarah.
Senarai Kabinet dikhabarkan akan diumumkan esok oleh YAB Perdana Menteri.
Ketua Pembangkang masih sibuk mengadakan perhimpunan sebagai tanda membantah keputusan PRU.
Sultan Johor bertitah supaya tidak menyebarkan fitnah.
Aku tertarik dengan fitnah.
Terlalu banyak dan berleluasa.
Kita kena selidik dan tapis berita yang kita baca dan dengar.
Sewaktu aku di Tesco hujung minggu lepas, ada amoi bertanya kepada staf bahagian perkhidmatan pelanggan mengenai GST.
Terpinga-pinga staf berkenaan nak jawab sebab dia pun tak tahu.
Aku tahu kenapa amoi itu bertanya.
Dia percaya kepada resit pasal GST yang tersebar dengan luas di kalangan pengguna internet.
Kenapa mereka suka buat fitnah, sebar benda yang tak betul?
Tujuannya nak jatuhkan kerajaan.
Kepada kerajaan memerintah, teruskan kerja, usah pedulikan pihak2 yang dengki.
Anda buat kerja dengan ikhlas, rakyat dapat manfaat, anda selamat di akhirat.
Kepada pembangkang, tunggulah PRU yang ke-14.
Bila ada perkara tak baik mengenai pembangkang, cepat-cepat mereka mengatakan 'fake', 'superimpose' dan sebagainya.
Aku dah bosan dengan perangai penfitnah dan suka menipu ni.
Sudah-sudahlah, cukup-cukup sudah.
Bertaubatlah...termasuk aku yang suka gak baca karangan korang, yang aku tahu... banyak menokok tambah daripada perkara sebenar.
Selamat bertaubat di bulan Rejab.
Sekian dulu, wassalam.

Friday, 3 May 2013

PRU ke 13 pada tahun 2013

Salam semua,

Hari ini merupakan hari terakhir untuk pihak berkepentingan menjalankan kempen.
Kempen beserta manifesto dicanang serta diterangkan kepada rakyat.
Rakyat akan keluar mengundi pada hari esok untuk memilih kerajaan memerintah.
Pemerintah lama berharap mereka terus diberi mandat manakala pembangkang amat berharap dapat menjadi pemerintah baru dengan slogan UBAH.
Barisan Nasional selaku kerajaan pemerintah menggunakan slogan AKU JANJI.
Diharapkan semua janji manis ini ditunaikan apabila dipilih untuk menjadi penaraju Malaysia maju.
Semoga Malaysia terus maju dengan diterajui oleh insan yang amanah serta integriti dan mementingkan kehidupan ukhrawi.
Ingatlah semua, terutama diri sendiri, kehidupan dunia adalah ujian, mati itu pasti dan kehidupan akhiratlah kehidupan yang kekal untuk selamanya.
Beruntunglah orang Mukmin yang Bertaqwa serta yang Beramal Soleh yang dijanjikan Syurga oleh Rabbul Alamin yang mengalirnya sungai dibawahnya.
Semoga kita semua mati dalam keadaan diredhai oleh Allah Swt, dalam keadaan mentaati perintah Allah SWT serta mengikuti Sunnah Nabi SAW.